Readers, please email for inquiries. I rarely respond through comments. Thank you: nadhirah_sainuri@yahoo.co.uk

Thursday, May 7, 2009

Political thinking..

Baru-baru ini negara kita Malaysia telah menerima 1 transfomasi baru dengan perlantikan Datuk Seri Najib B. Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke enam. transfomasi yang dibawa oleh ideologi Perdana Menteri yang baru ini telah membawa Negara ke satu Era baru yang akan menyaksikan percaturan dan perubahan drastik senario politik negara bagi tahun 2009 ini. bagi menyusun semula strategi dan (group of the team). Pelbagai rombakan telah dilakukan bagi mengstruktur semula anggota-anggota kabinet dan hala tuju kerajaan bagi merialisasikan matlamat dan misi kerajaan dengan lebih efektif. Satu ketika dahulu negara kita hanya dikenali sebagai Negara MEMBANGUN dengan pertumbuhan ekonomi dan hasil KDNK yang agak konsisten darisegi hasil eksport import,produk pertanian, penternakan, pendidikan, perubatan, hasil kamoditi sawit, petroleum, eko pelancongan dan yang terbaru projek Angkasawan.
Apa yang menarik minat saya untuk menulis artikel ini ialah bagaimana semua yang disebutkan tadi boleh bergerak seiring dengan jayanya hasil daripada pemerintahan sebuah kerajaan yang mantap. apabila semua ini berjalan dengan lancar maka terciptala bangunan-bangunan yang tinggi terpacak di negara kita. kita mampu membina klcc, litar sepang, klia, kotaraya metropolitan, putrajaya, universiti, jalan raya, bekalan elektrik, sumber air dll seterusnya meujudkan peluang-peluang perkerjaan kepada rakyat kita sendiri. perubahan drastik ini bukan sahaja dilihat oleh kita selaku masyarakat yang hidup di negara ini tetapi juga di seluruh dunia. banyak negara-negara yang maju mula mengkagumi kemampuan anak tempatan Malaysia kerana telah membangunkan negara yang pernah dijajah ini. belum sampai 60 tahun kita mampu membangunkan negara ini hingga maju dan terkenal diseluruh dunia..ini lah hikmahnya apabila kestabilan politik, rakyat dan kerdaulatan raja-raja bersatu bersama hingga kita berjaya. keharmonian masyarakat yang hidup berbilang kaum di negara kita adalah kunci kejayaan kita dimasa ini. namun hakikatnya senario politik negara tetap tidak lari daripada pelbagai masalah yang telah timbul akibat daripada perbezaan pendapat daripada pelbagai pihak yang begitu taksub kepada kepentingan peribadi khususnya potilik semasa negara kita. isu-isu politik tidak lagi menuju kepada kearah kepentingan rakyat tetapi lebih kepada kepentingan berbentuk peribadi.
parti-parti pembangkang suda mula menguasaai pemikiran rakyat dengan menjadikan isu-isu yang berbau sentimen perkauman, agama dan hak keistimewaan mula dipertikaikan. dan agak menyedihkan apabila ada segelintir parti-parti politik sudah mula berani untuk mengkritik dan bertindak biadap terhadap raja-raja melayu sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja demi kepentinggan politik dan parti masing-masing. mereka suda mula tidak menghormati raja dan sanggup memperalatkan rakyat sebagai perisai mereka untuk memberontak. mereka mula bertindak liar dengan membuat huru hara tanpa rasa takut kepada undang-undang serta mengikut perasaan hati sendiri. harta benda awam habis dirosakkan dan fikiran serta minta masyarakat mula dipengaruhi dengan hasutan-hasutan mereka supaya membenci kerajaan dan bertindak agresif dengan sesuka hati...adakah orang-orang seperti ini yang kita mahu untuk mentadbir kerajaan negara kita?..melakukan kemungkaran dengan biadap serta mahu menjadikan negara kita ini kacau bilau...kepada generasi muda kita harus sedar dan fahami maksud sebenar erti kemerdekaan. kita tidak perlu mengikut perasaan dalam melakukan sesuatu hal yang boleh menjejaskan keastabian ekonomi dan keselamatan negara hanya kerana isu politik semata-mata. kita harus sedar bahawasanya jatuh bangun sesebuah negara itu terletak kepada kuasa rakyat negara itu sendiri. kini negara kita sudah cukup aman dan makmur dibawah pemerintahan satu raja (Yang Dipertuan Agong) kerajaan yang memerintah juga adalah kerajaan yang dipilih berlandaskan sistem demokrasi berpelembagaan serta mengikut lunas undang-undang. diharap generasi masa kini dapat mempertahankan kedaulatan undang-undang dan raja-raja melayu seperti yang telah di usahakan oleh generasi moyang kita terdahulu.,jangan sia-siakan masa depan anak-anak kita kelak hanya kerana kesilapan yang kita lakukan sekarang.
~Mr.DM.Nazaruddin~
04:27 am house of 27 KingFisher//

6 comments:

Nadh said...

Owh my God!
Teringat baLik kenangan masa tuLis karangan zaman sekoLah duLu2.

i don't think I can write this way anymore. keep it up!

maya karin said...

dua stream yg berbeza. never expect this writing will come up on NAdhirah's blog.hehe

Penduga Arus said...

''Raja adil raja 'disembah', raja zalim raja disanggah'' - ketaan kepada ulul amr itu wajib tetapi bukan mutlak. Kita taat kepada pemimpin yang 'ada' Tuhannya.

mr.DM NAZA said...

dalam islam setiap umat harus mentaati perintah raja kerana raja d negara kita adalah payung kedaulatan rakyat..kecuali kalau raja itu mugkar dan zalim seperti firaun..tapi d negara kita raja sangat adil. Berbangsa melayu dan ad-din agamanya..kalu rakyat berbangsa melayu itu sendiri yg murka kepada raja maka layak kah orang itu d gelar ulul amr atau khalifah? Rukun negara cuma 5 perkara..dan tidak perlu diDUGA Kesahihannya..

Mr.DM.Naza said...

that was a Nadhirah's blog..but this blog was created and develope for 2 writers and missesnaza was the name.hehehe

YuYu said...

salam ziarah.
Menarik hasil penulisan Mr.Naza.
hehe saya bukanlah seorang yang pakar mengenai politik dan masih dalam proses untuk mendalaminya.

Apapun, masing-masing perlu bijak dalam memilih pemimpin. Bagi sesetengah individu hal politik ni sesuatu yang remeh tapi hakikatnya, penting dan besar nilai serta kesannya.

Jenguk-jengukkanlah mata ke sini.
klik.Terdapat maksud yang mendalam untuk difahami ^_^