Readers, please email for inquiries. I rarely respond through comments. Thank you: nadhirah_sainuri@yahoo.co.uk

Saturday, June 20, 2009

Anda Pengguna Maybank Debit Card?

Jika YA, ambiL tahu perkara ini:

Sekiranya anda ingin 'swipe' kad anda untuk membayar petroL samada di SheLL, Petronas, Esso atau Lain-Lain, siLa pastikan anda key-in amount yang anda mahu. RM10, RM20, RM50 & seterusnya. Seandainya anda mengabaikan pesanan ini, secara automatik, RM200 akan dipotong daripada akaun anda. Tragik, bukan?

Namun, sekiranya anda TERbuat juga, tidak mengapa. Contohnya, anda hanya mengisi RM30 petroL tetapi anda tidak key-in amaun terLebih dahuLu, secara automatik, akaun anda teLah kehiLangan RM200. Tapi, jangan risau, seteLah 5 hari berkerja, RM170 (baki seLepas toLak RM30 yang anda isi tadi) akan dikreditkan semuLa ke akaun anda.

SeLamat mencuba!


Written by: Mrs. Naza

No comments: