Readers, please email for inquiries. I rarely respond through comments. Thank you: nadhirah_sainuri@yahoo.co.uk

Saturday, June 20, 2009

Ingat Senang ke Jadi Perempuan?



1) Perempuan ada Haid.
Ingat best ke dalam hidup ni bila setiap bulan ada haid? Pernah sakit senggugut? Sakit tau! kepala jadi pening dan jiwa jadi emosi tak tentu pasal.

Korang tahu apa itu haid?
Darah yang keluar sebab korang tak mengandung. Paling lama 15 hari dan paling sikirt sehari semalam. Kena pulak beli tuala wanita. Ingat bestke pakai tuala wanita? Mahal tu, kalau sehari kena pakai 3 kali dan kena pulak 15 hari, dan andai kata satu keping seringgit , sebelum manopous cuba kira berapa ringgit? kos tu..

Lepas tu pulak, haid ni ada 7warna:- hitam, merah, koko@coklat, kelabu, kuning, perang,dan color tanah, lepas tu jika ada ala-ala jeli yang berwarna perang atau kekuning kuningan, pun masih lagi haid.

Lepas tu pulak, dah mandi wajib dan nak solat, ada pulak masalah lain iaitu, jika korang mandi waktu asar sebab suci waktu tu, korang wajib solat asar dan qadha zohor, kalau korang suci dan mandi waktu isyak, korang wajib solat isyak dan kena qada solat maghrib. Atau nak lagi faham, korang kena qadha solat yang boleh dijama’kan, jadi subuh tak payahlah nak qadha jika suci waktu zohor. Atau jika korang mandi waktu maghrib, asar tak payahlah qadar. Cuma jika korang suci waktu asar tapi terbabas mandi waktu margrib, kenalah qada solat asar dan zohor, faham?

2) Aurat perempuan susah nak jaga.
Korang hanya boleh tunjuk muka dan tapak tangan, itupun jika ada hal mustahab. pakai purdah lagi bagus, nak aku cerita pasal azab api nereka yang menyiksa perempuan yang bukak aurat? Sakit senggugut sikit dah menangis, tak payalah nak berlagak? Lu pikirlah sendiri!

3) Baju perempuan cerewet.
Orang lelaki pakai baju sama 5 hari takde orang nak kutuk, tapi jika perempuan, jika setiap hari isnin pakai baju sama (walhal setiap hari dah tukar) pun kena kutuk. Apatah lagi jika baju tak gosok, busuk dan kotor, kena kutuklah dengan makcik makcik munafik kat pejabat.

Lepas tu pulak baju perempuan ni tak macam lelaki, iaitu semua zip dan semua butang baju lelaki ada kat depan, senang nak bukak, tapi baju perempuan, ada yang butang belakang, ada zip kat peha, ada kancing kat lutut, ada sanggul kat kepala, ada reben kat perut, ada tali kasut kat punggung.. ish, lecehlah!!

4) Perempuan tak boleh tangguh kerja.
Lelaki jika kerja tak siap, boleh sambung esok, tak siap repair kereta, campak spanner bawah kereta dan sambung esok pulak, habis cerita, minggu depan pun boleh, tapi perempuan jika tangguh basuh baju, atau tangguh jemur baju, atau tangguh sidai baju, atau tangguh lipat baju dan tangguh gosok baju, alamak jahanamlah dunia. Busuk!!! Itu belum cerita tangguh basuh peruk, kuali, cawan, piring, mangkuk dan pinggan, atau tangguh kemas rumah, atau tangguh mandi, lagi BUSUK!!!

5) Wanita nak buat apa-apa kena izin.
Nak keluar rumah tanam pokokpun nak kena mintak izin, kan payah tu. Dah ler tu, jika korang nak puasa sunat atau solat sunat pun kena mintak izin suami, kan payah tu?

6) Saksi lelaki lebih afdal dari wanita.
Malas nak tulis, rujuk mahkamah.

7) Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
Juga malas nak tulis, rujuk AmanahRaya.

8) Talak bukan di tangan isteri.
Ni satu kerugian yang besar bagi pondan dan bapuk sekalian, tapi baguslah jika perempuan takde kuasa talak, kalau tak hari hari suami kena cerai.

Contoh perbualan telefon yang aku rakam secara sembunyu di alam maya:-

“hello, abang kat mana ni? Apa? Abang sedang lepak minum teh tarik dengan kawan kawan abang sambil tengok gusti? Abang ingat saya kat rumah ni tunggul ke? Saya cerai abang dengan talak 3!”

“hello, abang dah beli susu anak ke belum? Anak dah nangis ni, Apa? Abang singgah main futsal? Saya cerai abang dengan talak 8!”

“kenapa abang tak balik rumah lagi, hari hari overtime, balik cepat, kalau tak saya ceraikan abang!”

“hello bang, malam ni ada AF7, abang jangan nak ngada-ngada nak tengok bola, kalau abang nak tengok bola gak, saya cerai abang dengan talak 7!”

Macam-macam hal!

9) Wanita wajib taat kepada suaminya.
Perempuan ajak suami bersetubuh, suami boleh tolak anytime, tapi lelaki bila ajak isteri berstubuh, atas peti aispun kena layan. Layan…. Zasss..

10) Perempuan susah nak inzal.
Pandai pandailah korang cari titik inzal jika nak hidup bahagia.

11) Perempuan kena beranak.
Ok, Ini sakit, serius! kemaluan perempuan yang masuk zakarpun sakit, inikan pulak nak keluar kepala budak, sakit..sakit… Dah lah sebelum tu kena mengandung 9 bulan, bawak perut ke sana ke mari, lepas tu beranak pulak separuh nyawa. Tapi yang pelik tu, perempuan ni, Allah buat dia ‘lupa’, tak macam lelaki, yang tak boleh lupa sakit berkhatan misalnya,

Cerita dia camni, ada sorang perempuan tu beranak, punyalah sakit lalu marah kat suami dia, dan secara bergurau suruh suami dia potong zakar, sebab zakar tulah punca dia sakit beranak, maka suami nipun jenis lurus bendul, sebab dah sayang bini dan kasihan pulak tengok bini sakit separuh mati, maka dipotongnya zakar tanpa pengatahuan si isteri tu tadi.

Bila anak dah besar sikit, perempuan ni rasa nak bersetubuh, suami dia memamg mengelaklah, sambil bagi macam-amacam alasan, tapi isteri dia nak jugak, lalu suami dia ingatkan pada isteri dia akan keluhan yang awak cakap sangat sakit waktu beranak dulu, perempuan tu kata, tak sakitlah beranak, rasa macam berak jer.

Tengok!,perempuan dah ‘lupa’ pada sakit beranak, lalu suaminya pun berterus terang, zakar dah takde, abang dah potong, takut awak sakit beranak lagi, yang ada ‘tunggul’ sahaja.

Isteri dia cakap, “tunggulpun tunggullah bang..”

Orang perempuan teruk kan? Ingat senang ke jadi perempuan?



Penutup

Aku bukan nak burukkan orang perempuan, aku Cuma nak bagitahu kepada pondan dan bapuk sekalian, tak perlulah korang tukar jantina, sebab BERDOSA DAN BOLEH MASUK NERAKA KERANA TIDAK BERSYUKUR. habis sampai situ.



Namun.. Ada Kebaikan jadi Wanita

Ketahuilah, lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih dari taat kepada bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Ketahuilah, walaupun lelaki menerima pusaka lebih berbanding wanita, tapi lelaki wajib menggunakan hartanya untuk menyara isteri seorang wanita…

Ketahuilah, setiap kali wanita beranak.., setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan anak di kira mati syahid dan dosanya diampun ALLAH sehingga ia seperti bayi yang baru dilahirkan…

Ketahuilah, Di akhirat kelak, seorang lelaki belum tentu masuk shurga sekiranya gagal menunaikan tanggungjawabnya terhadap 4 wanita iaitu: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Ketahuilah, isteri yang solehah, akan masuk shurga 500 tahun lebih awal dari suami, sedang suami masih berada di bawah arasy..

Ketahuilah, Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 2 syarat sahaja: Suami redha dan Allah redha..

Ketahuilah, lelaki dalam shurga, akan datang beramai-ramai pergi ziarah Allah yang merupakan kemuncak nikmat, tapi wanita, Allah sendiri yang akan datang menziarahinya..

Ketahuilah, Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. SubhanAllah... sayangnya ALLAH pada wanita.


Dipotong & DicipLak daripada keretamayat

No comments: