Readers, please email for inquiries. I rarely respond through comments. Thank you: nadhirah_sainuri@yahoo.co.uk

Wednesday, June 3, 2009

Unexpected Scenarios


3 Jun 09


Hantar Aida baLik for good to Kuching

SebeLum pergi airport, kami pergi pasar besar nak beLikan jeruk bambangan untuk famiLy aida. DaLam keadaan keLam kabut (seumpama berada daLam Amazing Race), kunci Mercedes teLah tercicir ataupun boLeh dikatakan kunci Mercedes mencicirkan dirinya sendiri. Kami menajamkan mata mencari kunci tu di jaLanan tapi tak dijumpai. Disebabkan keadaan memaksa, terpaksa caLL mama (bakaL ibu mertua) untuk hantarkan kunci pendua.

Tak sampai 5minit diteLefon, tadaaaaaaaaaa~ rupa-rupanya.... kunci tersebut ingin bermain hide & seek dengan tuannya. (ALmakLumLa, tuan dia sekarang dah ada Toyota SE. Aik, terasa ke bang? hihi.)

Kami memecut ke MAS untuk ketemu Aida buat kaLi terakhir sebeLum menjeLmanya buLan 7. Tapi.. berLaku Lagi kejadian yang tak best. Luggage Aida teLebih 55kg!!! dan setiap KG akan di charge RM5 makes it totaL RM275. Disebabkan da price is unreasonabLe, ticketing person suruh fikir duLu mana yang nak dibawa & mana yang nak ditinggaL. Untuk cerita Lanjut, boLeh baca kat SINIiiiiiiiiiiiii.

aida bersama overweight Luggage beLiau

bayar "denda" overweight


Nasi Padang Ibu, JesseLton Point

After surveying for kad kahwin, mak request kat abah nak try Nasi Padang Ibu di JesseLton Point. Since me myseLf never been there before, aku sangat teruja sebab orang kata makan kat situ maLam-maLam sangat best. Makanan dia sedap ditambah dengan suasana tenang, tepi Laut, Lampu samar-samar memancarkan cahaya. waiseh~

BerLaku Lagi kejadian yang taktau nak kata macamana. Tak puas hati tak jugak, Lucu pun tak jugak. I ordered sambaL terung tapi dia bagi sambaL sotong. Masa dia hidang, aku dah minta tukar ke terung tapi biLa masuk biL, tetap bercetak sambaL sotong. Tapi aku makan sambaL terung. Tak pecaya? Tengok ni:

biL mencetak sotong sambaL. padahaL aku makan sambaL terung. (napa dia cetak sotong duLu sebeLum sambaL? bukan sepatutnya sambaL sotong ka?)

maka, demi menegakkan hak pengguna, aku pegi kaunter tanya kakak tu. kononnya nak menuntut kebenaranLa. Tapi aku tak jadi ambiL baki duit. Tau kenapa?

Aku: kak, tadi saya makan sambaL terung tapi biL ni tuLis sambaL sotong
Akak: owh. saLah ambiL order La ni tadi
Aku: Iya. So, cmana nak refund ni?
Akak: Harga sotong RM4.50. Harga Terung RM4.40. Kurang 10sen.
Aku: EH??! aaaa kaLau gitu biarkan jeLa. (Tapi daLam hati: Cis! Kurang hasam! kaLau aku tau tadi, baik aku makan sotong je. mahaL giLe terung kat sini)

So, korang fikirLa sendiri.


agak ekskLusif kan?


Written by: Mrs. Naza

2 comments:

benazirjb said...

sedap ka makanan sana? tapi agak mahal jugak kn

Mr & Mrs Naza said...

sedap makanan dorang tapi mahaL La.