Readers, please email for inquiries. I rarely respond through comments. Thank you: nadhirah_sainuri@yahoo.co.uk

Monday, August 24, 2009

Bukan Bidadari

I watched a movie titled: 'Bukan Bidadari' yang diLakonkan oLeh Fahrin Ahmad & Umie Aida. Menceritakan kisah suami isteri yang masing-masing mempertahankan hak mereka sebagai suami & sebagai isteri. Pada muLanya si isteri akur dengan suruhan suami waLaupun hati si isteri memberontak. Since a wife has to obey her husband, si isteri mendiamkan diri & memendam rasa.

KESALAHAN SUAMI

1) Menegur isteri tanpa keLembutan.
Contoh yang dipaparkan daLam drama:

DiaLog berLaku di daLam biLik.
Berkata si suami kepada si isteri:
"Saya nak menggunakan kuasa saya sebagai suami. MuLai dari hari ini, awak mesti pakai tudung biLa keLuar rumah. KaLau awak tak buat, awak akan dikira nusyuz. Pandai-pandaiLah awak fikir."
Kemudian si suami terus keLuar biLik.

Ok. Apa kesaLahan suami tersebut?

Pertama, JANGAN gunakan perkataan "kuasa saya sebagai suami". PLeaseLa! Rumahtangga bukannya mahkamah nak guna kuasa itu kuasa ini.
Kedua, JANGAN gunakan perkataan "Pandai-pandaiLah awak fikir." Wahai suami, kamu sedang merendah-rendahkan isteri kamu daLam tidak kamu sedari. Apa seLama ni, isteri kamu tu tak berfikir ka? Nak masak, nak urus 3 orang anak, nak Layan keinginan kamu, nak urus rumah.
Ketiga, keLuar biLik seLepas seLesai memberi arahan. Ini paLing tak bagus! KaLau ada apa-apa, seLesaikan di tempat bermuLanya masaLah tu. JANGAN sekaLi-kaLi Lari. BiarLah pahit mana pun, sakit macamanapun hati kamu, JANGAN Lari. Hadapi masaLah tu. KaLau kamu Lari, masaLah tu akan jadi Lebih panjang & susah nak diseLesaikan Lebih-Lebih Lagi biLa sudah muLa meLibatkan keLuarga atau sahabat.

So, cemana nak seLesaikan?
Pertama, gunakan kata ganti diri yang mesra seperti 'sayang', 'darLing', 'honey', 'baby' biLa nak menegur. Hati isteri jadi Lembut biLa dirinya mendapat tempat di hati kamu.
Kedua, muLakan dengan sentuhan & minta si isteri duduk di samping kamu. Jangan tegur dari jauh. Isteri ni Lemah biLa kena beLai. Jatuh ego dia.
Ketiga, JANGAN mengugut!! kaLau tak buat, kamu berdosa. kaLau tak buat, tak dapat nafkah. kaLau tak buat, kena cerai. Perempuan pun ada ego. SiLa hormati. Ugutan akan buat si isteri memberontak & rasa tak puas hati kerana rasa TERPAKSA.

2) Menyekat kebebasan isteri & pada masa yang sama, suami terLaLu bebas

Si suami tidak membenarkan si isteri keLuar rumah. Tapi biLa si suami tak puas hati tentang sesuatu perkara, si suami puLak yang puLang Lewat maLam atau tak puLang ke rumah Langsung. Kamu mahu isteri terperap di rumah tapi si suami sendiri keLuar Lewat maLam ntah ke mana.

Seharusnya suami tadi berLaku adiL. Dia menggeLarkan dirinya ketua keLuarga & khaLifah tapi kaLau diri sendiri menunjukkan contoh yang tak baik, adakah si isteri akan ikut? Di situLah siLapnya suami yang menyangkakan mereka ketua maka bebas meLakukan apa sahaja. IngatLah satu perkara, isteri kamu bukan robot. Dia ada perasaan yang SANGAT SENSITIF, dia ada tenaga yang boLeh berkurang & dia ada akaL yang bijak mentafsir peLbagai perkara. Beri keLonggaran kepada mereka. BiLa kamu menghormati hak mereka, InsyaALLah mereka akan menghormati hak kamu.

KESALAHAN ISTERI

1) Enggan meLayan keinginan suami

WaLau macamanapun kamu menunjukkan protes kepada suami kamu, kamu kena jugak Layan keinginan dia sebab itu wajib. Biarpun kamu marah, biarpun kamu penat. Ingat, LayanLah dengan ikhLas, kamu akan beroLeh pahaLa. Ya, mungkin kamu sakit hati tetapi berpegangLah kepada kenyataan ini: "Apa yang teLah suami kamu Lakukan kepada kamu, biarLah ALLah yang menghukumnya keLak. Isteri jangan menghukum."

2) KeLuar tanpa izin suami

Ini memang tak boLeh. Isteri kaLau nak keLuar rumah, mesti minta izin suami duLu. kaLau suami kata tak boLeh, maka memang tak boLehLah. KaLau kuar jugak, berdosa.

3) MeLayan LeLaki yang bukan muhrim

DaLam drama ni, si isteri meLayan seorang LeLaki yang baru dikenaLinya hanya kerana LeLaki tersebut memuji kecantikan si isteri tadi. Ini pun memang seLaLu jadi masaLah daLam rumahtangga. Para suami sekaLian aLam, sekaLi sekaLa tu, puji-pujiLah isteri. KaLau tak puji dia cantik pun, puji pakaian dia, puji masakan dia, pujiLah apa-apa yang boLeh dipuji. Nanti jadi sunyi puLak hati si isteri tu.

Tapi, si isteri pun, kaLau suami tak puji, janganLah curang dengan LeLaki Lain. Pandai-pandaiLah korang cari jaLan supaya si suami memuji. Bawa dia tengok cerita-cerita jiwang pastu ungkitLa sikit: "bestnya Laki tu puji isteri dia" atau "wah~ bestnya kaLau dapat suami mcmtu." hahaha semoga berjaya!

SeLamat BeramaL~

4 comments:

uncle sem said...

waaa
ini bgus.ble pakai ini.

klu utk gefren dapat pakai jgk cara yg sama ka?

~{[-Da Lovers-]}~ said...

Pandai2 aLongLa. haha. tapi bab suami nak menegur dengan sentuhan tu, kena tunggu sampai kawenLa. weeee~

uncle sem said...

aaaa...itu saya setuju

haha..yang cara laen tu bley2 la kot.edit-edit ckit mngikut kesesuaian..

~{[-Da Lovers-]}~ said...

kaLau suda edit, & ada posting di bLog, kestau aaaa. I nak baca. ngee~