Readers, please email for inquiries. I rarely respond through comments. Thank you: nadhirah_sainuri@yahoo.co.uk

Saturday, August 15, 2009

MajLis Perkahwinan di Kota BeLud

Venue: Dewan Tun Said, Kota BeLud.
Tarikh: 8 Ogos 2009
Masa: 10-4pm
Theme: Bajau

Ok. Kat Kota BeLud, kami menggunakan sepenuhnya adat & tradisi keDatuan "Bajau Samah". That was my first time & of course not the Last time because Lepas bersaLin nanti, kami bertiga akan diusung seLuruh kampung. Itupun kaLau anak sorang. KaLau kembar, berempatLah. hehe. Ok merapu.

Untuk makluman readers, perkahwinan adat bajau dan keturunan Datu agak berbeza dari segi tempoh perkahwinan dan adat istiadat perkahwinan. Sebagai contoh, perkahwinan mengikut adat keDatuan sangat menitik beratkan soal persiapan dan pantang larang yang harus dipatuhi. Sekiranya pengantin lelaki itu berketurunan bajau "Datu" maka dia harus berada di dalam keadaan berpantang seminggu sebelum berkahwin tidak boleh keluar rumah atau berjumpa dengan pasangan pengantinnya sehingga pada hari diijabkabulkan. Pengantin lelaki juga tidak dibenarkan untuk berjalan melangkah anak sungai bagi mengelak pengantin lelaki daripada terkena sihir. Semua tiang-tiang seri rumah pengantin harus dibalut oleh kain berwarna kuning bagi mengelak sihir dan semangat jahat.

Pukulan gong, gendang dan rebana akan dipalu selama 3 hari tidak berhenti bagi memberitahu orang kampung yang perkahwinan sedang dilangsungkan. Selepas diijabkabulkan mengikut adat dan tradisi kedatuan. Pengantin akan diarak dengan menaiki kederaan yang dihias seperti seekor kuda yang bernama "Usungan" yang dinaiki oleh pengantin dan diiringi oleh beberapa pahlawan berkuda dengan berpakaian tradisi bajau.

Kedua pengantin akan diarak ke seluruh kampung bagi majlis perkhabaran "memberi tahu adanya perkahwinan berlangsung". Bagi kaum bajau yang bukan berketurunan "Datu", usungan yang mereka naiki berbentuk perahu. Sekiranya "Datu" itu telah meninggal dunia maka pukulan gong dan gendang akan mengiringi pengkebumian jenazah "Datu" sebagai adat tradisi dan tempoh berkabung selama 40 hari berturut2. waris jenazah "Datu" juga akan berkabung dan akan tinggal di kubur selama 7 hari berturut-turut untuk menjaga kubur jenaza "Datu" sementara itu majlis tahlil akan diadakan dirumah jenaza selama 7 hari berturut2 diikuti dengan majlis tahlil hari ke 20,40 dan 100 hari.

Bagi lelaki yang berketurunan "Datu", anak lelaki atau zuriat yang diperolehi hasil daripada perkahwinan akan membawa gelaran "Datu" bersama, dan sekiranya anak itu perempuan makan gelaran "Dayang" akan dibawa. sbgi cth: Lelaki: Datu Allauddin mudthadie billah. perempuan: Dayang Balqis Batrisyea.

Berbalik kepada majlis perkahwinan kami di Kota Belud, kami telah diusung dan diarak daripada Kg.Pompod ke Dewan Tun Said Kota Belud sejauh 2 KM dengan diiringi oleh 41 ekor kuda dan diarak melintasi bandar Kota Belud hingga ke Dewan persandingan. Terima kasih kepada unit trafik PDRM dan Rela yang mengiringi kami berarak dan mengawal lalulintas sepanjang perarakan diadakan.

TengokLah gambar-gmbar di bawah ni k.


Usungan yang membawa pengantin ke Dewan Tun Said


Diiringi 41 ekor kuda
Terima kasih poLis trafik!!


Persembahan siLat


The Bajau Dais


The Bride & Groom


FamiLi-FamiLi kami



2 comments:

Aida The Pink Goddess said...

suka kudaaa!!

zephyred said...

dear Nadhirah,

im blog hopping and found your blog, i have a few questions on your bajau wedding, can you pls get back to me and give me your email?

really hoping for your help :)

Azwin