Readers, please email for inquiries. I rarely respond through comments. Thank you: nadhirah_sainuri@yahoo.co.uk

Thursday, September 17, 2009

Apa itu ABIM?

SambiL mendengar Lagu Raya koLaborasi Raihan & Hujan, tiba-tiba teringat beberapa hemat daripada Yang Di-pertua ABIM Sabah ketika Iftar Jama'iy 16 September 09 Lepas. SebeLum cerita pasaL tajuk entri kaLini, nak cerita pasaL Iftar Jama'iy duLu. DimuLakan dengan MajLis Khatam Qur'an, majLis berbuka puasa (minor), soLat Maghrib, makan (major), SoLat Isya', SoLat Tarawih (20rakaat), SoLat Witir serta MajLis Penyampaian Cenderahati fasiLitator & guru-guru TASKI. Sekitar 40 orang hadir memeriahkan majLis.

Juadah minor. Major tak dapat snap


SebeLum SoLat Maghrib


SoLat Tarawih berjemaah


Penyampaian cenderahati kepada fasiLitator oLeh YDP ABIM Sabah; AbduL Manap Mahmud



Apa itu ABIM?
ABIM merupakan akronim kepada Angkatan Belia Islam Malaysia. ABIM adalah pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). ABIM adaLah non-partisan. Maksudnya tidak memihak kepada mana-mana parti poLitik atau individu. Dengan membawa konsep amar ma'ruf nahi mungkar, ABIM akan menyokong sesiapa sahaja yang menuju ke arah itu. Untuk info seLebihnya seperti misi, visi, objektif & cara pergerakan ABIM, boLeh kLik SINI.

Bagi ABIM Sabah, ia terpecah kepada 3 komponen. SISMA, ABIM & WADAH. KaLau kat semenanjung, SISMA sama dengan PKPIM. Ramai yang confuse. Biar I jeLaskan. SegaLanya bermuLa dari ABIM.

KaLau duLu, ABIM ni tergoLong dari semua peringkat umur. Namun, bagi memudahkan proses kaderisasi diLakukan, Siswazah Muda ABIM (SISMA) ditubuhkan untuk menyamaratakan tahap pemikiran anak-anak muda. SISMA boLeh disertai oLeh budak-budak sekoLah menengah sehinggaLah di peringkat pengajian tinggi. Bagi yang dah meLepasi tahap itu, dia termasuk daLam ABIM.

Siapa yang masuk WADAH? WADAH ni baru saja ditubuhkan pada tahun 2005 bagi menyahut seruan kerajaan menghadkan usia beLia kepada 40 tahun. So, sesiapa yang dah meLebihi 40 tahun, dia akan berganjak ke WADAH meninggaLkan ABIM. Namun, ketiga-tiga komponen ini berkoLaborasi setiap masa bagi mengeLakkan percanggahan ideoLogi meLaLui usrah & majLis-majLis iLmu yang dianjurkan.

Faham dah?
KaLau tak faham, tanya!

BerbaLik kepada amanat YDP ABIM Sabah ketika mengakhiri Iftar Jama'iy, beLiau ada menyeLitkan mesej yang amat bermakna:
1) Menjadikan ABIM Sabah sebagai pemimpin semua persatuan beLia di Sabah.
2) Mewujudkan Lebih banyak institusi pendidikan IsLam di Sabah. Perasan tak kat UMS dah muLa ada DipLoma Pengajian IsLam Lanjutan? Itu pun sebab ABIM Sabah majukan permasaLahan itu kepada TYT LaLu sebagai Langkah awaL, diwujudkan peringkat DipLoma duLu. Harap-harap Lepasni makin naik tahapnya.
3) Menjadikan Sabah Negeri Di Bawah Wahyu. (bestnya bunyi dia!)

TaqobbaLaLLahu minna waminkum!

4 comments:

Aida The Pink Goddess said...

i remember I ever joined this once!rindu.......

azyy said...

sabah negeri di bwh wahyu.. hmm.. waaa.. mmg best bunyi nya. :)

Sal said...

sy pena join program yg di anjurkan oleh ABIM. Cikgu Rosni yg ajak join program ni N kalo xsilap kak Nadh ada time tu. Dr ctu sy tau kak Nadh adik bradik ngan iffah..hihi..

~{[-Da Lovers-]}~ said...

aida: rindu jugak...

azyy: harap2 jadi kenyataan. ameenn~

sal: gitu puLak sejarahnya. teruskan aktif ya