Readers, please email for inquiries. I rarely respond through comments. Thank you: nadhirah_sainuri@yahoo.co.uk

Thursday, September 3, 2009

Baby

Sebenarnya dah Lama saya nak tuLis pasaL ni.
Tapi semangat makin membuak-buak biLa baca bLog Jihan.

Saya takkan tanya kepada perempuan yang dah berkahwin soaLan berikut:
1) Dah berisi ke perut tu?
2) Macamana maLam pertama? Best?
3) Ada makan piL perancang keLuarga ka?
4) BiLa nak ada baby?

PLeaseLa kawan-kawan, makcik pakcik, sedara mara. SIAPA YANG TAKNAK ANAK??? Semua pasangan yang dah kahwin, mahu anak. Tapi adakah kita mempunyai kuasa untuk menentukan biLa akan terciptanya anak tersebut? Adakah kita mampu menentukan jantinanya? Adakah kita Layak menentukan biLangan anak yang bakaL kita dapat?

Saya ada kenaL perempua-perempuan yang Lambat dikurniakan zuriat. Ada yang dah 3 tahun kahwin tapi beLum ada anak. Ada yang dah pergi berurut, makan ubat-ubatan kampung tapi tetap tidak mengandung. Ada jugak yang dah 10 TAHUN berkahwin & akhirnya dikurniakan seorang anak perempuan. 1o TAHUN!!! Disebabkan kesabarannya, seLepas setahun dikurniakan anak perempuan tersebut, dia diberi rezeki Lagi. Dia sekarang sedang mengandung anak kedua.

Nampak tak kebesaran ALLah? Jangan beri tekanan kepada si perempuan jika mereka beLum dikurniakan anak. Setiap sesuatu yang berLaku, teLah DITETAPKAN ALLAH. Kita berdoa. Teruskan berdoa untuk mereka. Bukannya memberi tekanan.

Mengapa BeLum Dapat BABY?

1) ALLah beLum beri rezeki
2) MasaLah peranakan perempuan
3) MasaLah air mani LeLaki
4) CLash daLam permintaan @ do'a

ALLah beLum beri rezeki:
Ini memang dah tertuLis sejak azaLi Lagi. Rezeki sudah ditentukan dari Luh Mahfuz. Do'aLah banyak-banyak untuk mengubahnya.

MasaLah peranakan perempuan:
Ini memang biasa berLaku. Pertama, mungkin rahim sempit dengan pengumpuLan Lemak mengakibatkan air mani tidak dapat bersenyawa dengan ovum. Biasanya, doktor akan suruh berdiet untuk menurunkan berat badan agar Lemak tersebut pecah. Kedua, ruang rahim tidak berada daLam keadaan yang 'bersedia'. Ini mungkin berLaku apabiLa perempuan tersebut terLaLu aktif dengan sukan atau meLakukan kerja-kerja yang berat. Biasanya perempuan jenis ini akan disuruh mengurangkan aktivit-aktiviti tersebut & berurut untuk menguatkan kembaLi rahim tersebut. Ketiga, kurangkan makan makanan yang 'tajam' seperti durian, nenas, air keLapa & benda-benda yang seangkatan dengannya apabiLa berada daLam tempoh 'subur' @ proses pengovuLan.

MasaLah air mani LeLaki
Biasanya apabiLa pasangan tidak dikurniakan anak, LeLaki kerapkaLi akan menyaLahkan si perempuan (90% kes diLaporkan). TETAPI apabiLa mereka meLakukan pemeriksaan di hospitaL atau kLinik, didapati masaLah berpunca daripada LeLaki. Mengapa? ApabiLa meLakukan persetubuhan, LeLaki mendakwa air mani yang dikeLuarkan banyak & pancutan kuat. YA. ITU MEMANG BETUL. Namun, sperma yang diLepaskan itu tidak mempunyai daya ketahanan yang kuat. Ia tidak mampu untuk sampai ke ovum bagi meLakukan persenyawaan. Kerana ituLah perempuan tidak mengandung.

CLash daLam permintaan @ do'a
Ini juga biasa berLaku. SeLepas soLat, apa yang kamu pohon daripada ALLah?
1) Anak yang soLeh & soLehah
2) Rezeki yang haLaL & murah.
KatakanLah... kita inginkan anak yang soLeh & soLehah. Namun, pada masa yang sama, kita sendiri tidak berusaha untuk menjadi ibu bapa yang mampu mendidik anak menjadi soLeh & soLehah. Faham tak? Maksudnya begini: bagaimana hendak mendidik anak menjadi soLeh & soLehah? Pertama, ibu bapa itu sendiri perLu mempunyai iLmu duniawi & ukhrawi. Kedua, rezeki yang dicari mestiLah berpunca dari sumber yang haLaL. Sekiranya kita sendiri beLum mampu menyediakan dua perkara tersebut, bagaimana ALLah hendak kurniakan kita anak?? BerLaku perLanggaran daLam permintaan kita sendiri.

KECUALILAH JIKA KITA POHON DALAM DOA: kurniakan kami anak yang ramai. Tak spesifik soLeh & soLehah. Mungkin dengan cara itu, mudah untuk ALLah kurniakan kita anak. Tetapi, mahukah anda? Renung-renungkan.


ToLongLah berhenti bertanya kepada perempuan yang sudah bekahwin:
BiLa nak dapat anak?
blogger-emoticon.blogspot.com

6 comments:

Ibrahim & Jihan said...

wa,bagus entri ni..baik saya print out dan then, kasi pada org2 yg selalu jak tanya2 nih.."Nah,sila baca artikel ni dulu sblm tnya saya." baru dorg tau.hahaha..:D

~{[-Da Lovers-]}~ said...

jgn sedih2 Lagi tau.
MahaL air mata tu.

Jihan said...

insyaAllah:) ya,mmg mahal air mata si ibu nih.hihihi. xpa,jihan immune suda bah ngan soklan2 tu skrg.;D

Riena said...

Nadhirah and Naza dear,
Please, don't get too flustered by the insensitive remarks, comments, questions and etc, especially on getting pregnant. I've been through a lot of these tacky situations and I too, got furious and and upset. But as years passed and still no signs of conceiving, I've learned that it is all in God's hand. You've got to earn this one particular happiness, it's a pursuit. So, keep praying, you'll get there.
Enjoy your honeymoon moments sis, you'll appreciate your relationship more.

Kak Biena

~{[-Da Lovers-]}~ said...

Thanks Kak Biena!

Jihan said...

totally agree with kak biena:)!