Readers, please email for inquiries. I rarely respond through comments. Thank you: nadhirah_sainuri@yahoo.co.uk

Wednesday, September 23, 2009

Kisah Pokok Rambutan dan Bapak Mertuaku..

WARNING!
Cerita di bawah sangat panjang.
SiLa baca dengan penuh tumpuan & kekhusyukan.
DituLis oLeh suamiku

******************************************************************************

Terlebih dahulu diawal kalanya saya ingin memohon maaf dan memohon ampun kepada bapak mertuaku yang disayangi dan dihormati.

kisah ini berlaku sewaktu saya dan isteri menyambut hari raya aidilfitri pada hari kedua di rumah bapak mertuaku di bukit ketiau. namun diriwayatkan, peristiwa ini berlaku semasa bulan ramadhan. ketika itu saya dan bapak mertuaku a.k.a abah mertuaku sedang berjalan-jalan di belakang rumahnya menuju ke sebuah pokok rambutan yang sangat banyak buahnya namun masih belum lagi masak. berikut adalah perbualan ringkas kami:

Naza: wah banyaknya buah rambutan ni kan abah..
Bapak Mertuaku: Ya..ni jenis rambutan kelapa ni tapi belum masak lagi..
Naza dalam hati: (punyala best buah ni kalau dapat aku makan..my taste of fruit ni hehe..)
Bapak Mertuaku: Aik?..
Naza: Napa Abah?..
Bapak Mertuaku: Kurang Asam.. (sambil tersenyum) habis separuh buah rambutan ni dimakan oleh Keluang.. betaburan. dikasi tinggalnya kulit saja di bawah pokok rambutan ni..
Naza: ish..ya kan abah.
Bapak Mertuaku: Belum lagi kita rasmi, suda diorang (keluang) makan..

selepas kejadian itu kami pun masuk ke dalam rumah untuk berbuka puasa.. dan itulah kejadian asas cerita kepada peristiwa ni.

Sewaktu di hening pagi Hari Raya Aidilfitri mak mertua dan bapak mertuaku telah berangkat balik ke Penang untuk berhari raya dengan keluarga mak mertua di sana. jadi tinggallah kami di rumah bapak mertuaku untuk menjaga rumah, tok dan adik-adik yang lain. inilah perkara yang sebenarnya telah berlaku di pagi hari raya pada hari kedua.. ketika itu saya bangun awal pagi sekitar jam 6 am. sambil meminum secawan kopi, saya keluar menuju ke arah belakang rumah sambil berdiri di sebelah pokok rambutan yang terletak di tepi lereng-lereng bukit sambil melihat kondisi pokok rambutan itu. Melihat pokok rambutan yang berbuah hijau seakan-akan merah itu, saya berfikir.. "sayangnya kalau buah rambutan ni kena rembat lagi oleh Keluang.." dengan tidak berfikir panjang saya pun petiklah sebiji dua rambutan tu lalu memakannya sambil menikmati udara yang segar dan melihat matahari terbit. sedar tak sedar saya dah termakan hampir sepuluh biji buah rambutan tu.. ai yo yo. dengan tiada perasaan apa-apa dan slumbernya saya masuk ke dalam rumah lalu mandi.. ketika itu puteri kesayangku masih berdengkur lagi hehehe.. (part ni aku nak deLete tapi suamiku tak kasi. asbestos!! tido Lepas soLat subuh ye.) selepas itu, pada hari raya keempat 23hb sept. mak dan bapak mertuaku pulang ke kk dari Penang.

Naza : siapa ambik abah dan mak sayang?
Isteriku : biar sayang jak la ambil dorang kat airport ya.
Naza : baikla kalau macam tu nanti kita jumpa di rumah (ketiau)..abang ada urusan ni dengan insurance dan nak ke JPJ.

akhirnya jam 11.30am kami berpisah dengan memandu kenderaan berasingan menuju ke destinasi masing-masing.. i do my work and my wife go to the airport.. sewaktu saya sedang memandu kereta menuju ke JPJ melalui jalan kepayan, tiba-tiba saya pening dan pitam. My heart pressure dropped. saya hampir acccident with my mercedes.. nasib baik saya sempat berhenti di bahu jalan untuk berehat sambil menahan kesakitan. masa tu tak mahu call sapa-sapa coz i tought i will be ok. sewaktu berehat di dalam kereta, saya teringat wajah isteri saya sambil menyebut namanya.. tapi masih tak mahu bagitau dia takut dia risau. (part ni buat i geram kat husband i!) lepastu baru saya sedar dan teringat.. "Masyallah.. hari tu aku terlalai kerana telah memakan buah rambutan tanpa meminta izin daripada tuannya".. kalau diizinkan tuhan mesti aku nak minta maaf kat bapak mertuaku... tiba-tiba my wife called and i answered it..

Isteriku: hello..abang?.. abang buat apa berhenti di tepi jalan tu? baru tadi kami limpas sebelah kereta abg..
Naza : oh..tiada apa-apa sayang..abg berehat sekejap..
Isteriku : abang ok?..
Naza : em..abg ok jan risau..rehat kejap jak ni..

tiba-tiba mak mertua kata kat my wife suruh U turn balik tgk abg.. so my wife pun pusing la balik dan berhenti di belakang kereta saya (as my wife told me).. masa tu saya sedang tertidur dalam kereta.. tiba-tida bapak mertuaku muncul di sebelah passenger seat sabil mengetuk pintu kereta saya.

Bapak Mertuaku: Tok..tok..tok..
Naza: (lalu aku membuka cermin kereta)
Bapak Mertuaku: naza ok kah?...duduk sebelah la biar nadhirah yang drive..

tiba-tiba isteriku muncul membuka pintu keretaku dan menyuruh saya pergi ke sebelah tempat duduk.. sambil berjalan menuju ke sebelah passenger seat, saya terus mencapai dan mencium tangan bapak mertuaku sambil berniat "ampunkan naza, abah"..

tapi saya tak confess lagi dengan beliau mengenai buah rambutan tu... "em..nanti dirumah jak lah saya bagi tau.." sambil saya berfikir dan bersyukur kerana kedua-dua orang yang saya ingat pada masa saya sakit tadi itu telah muncul dengan tiba-tiba.. sungguh hebat kekuasaan Allah S.W.T. nak dipendekkan cerita, selepas selesai urusan di JPJ ditemani isteri tersayang, kami pun balik ke rumah bapak mertuaku sambil minum petang dengan mak dan bapak mertuaku di dapur.. part paling best: ketika sedang rancak bercerita tentang sambutan raya di Penang, tiba-tiba saya ternampak beberapa buah rambutan di dalam raga-raga (basket).. sambil berkata..

Naza: Wah..Rambutan.. banyaknya.. darimana ni?
Bapak Mertuaku: Ni dari pokok rambutan belakang rumah tu la..tadi kami petik dengan Amad...
Naza : Ooooh...
Bapak Mertuaku: tapi sayang ba..habis suda dimakan oleh keluwang..tinggal yang hijau-hijau jak..
Naza : Ooooh..(masa tu aku berfikir..kesian ba.. aku yang makan, keluwang pula disalahkan)
Bapak Mertuaku: Tinggal kulit nya saja yang dikasi tinggal disana..
Naza : ah..Abah?..sebenarnya naza yang makan buah tu abah..
Bapak Mertuaku: Ooooo hoho.. naza pula yang makan tu.. (besarnya Ooo dia) sambil ketawa.. sampai tinggal kulit ba disana kami ingat keluang yang makan... rupanya naza pula makan... hehehe..

dan part paling best lagi pada malam tersebut selepas menunaikan solat maghrib berjemaah, abah ada menyampaikan tazkirah bertajuk "Siapa diri kita dan kemana hala tuju kita" yang dipengerusikan oleh En.Ahmad Farid hehehe.. di dalam ceramah abah tu ada terselit kisah pokok rambutan sebagai contoh.. dan semua orang tergelak ketawa sambil abah sudah memaafkan kesalahan saya.

masa tu saya betul-betul malu dan insaf.. walaupun aku dah bagitau bapak mertuaku perkara yang sebenarnya.. namun aku masih berfikir sampai sekarang.. bagaimana saya boleh terleka sambil tidak menyedari bahasanya saya telah memakan buah daripada pokok rambutan tanpa meminta izin daripada tuannya.. mungkin inilah yang dikatakan "Manusia dan nafsu"..hehehe. confirm lepas ni saya fobia dengan pokok buah rambutan hahahaha..

jadi ini la kisah tauladan yang boleh dijadikan iktibar kepada kita semua.. mengambil dan memakan hak orang lain itu adalah satu kesalahan dan dosa. maka andaikata kita terlupa macam kisah saya ni.. cepat-cepat la minta maaf kat orang tu ok...sampai disini saja. dah penat menaip ni..

akhir kata sekali lagi saya nak minta ampun dan maaf kepada bapak mertua ku tersayang.. maafkanlah naza kerana terleka hehehe.. kesian keluwang. tak pasal-pasal kena finah.. hehehe..dan dikesempatan ini juga saya nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin dari saya dan isteri (Nadhirah).

"wassalam.."



blogger-emoticon.blogspot.com

9 comments:

fa-aja-aja said...

ROFL

aha..lawak pun ade

en.naza mmg sakit ke? sbb b4 tis pun ada entry b4 kawen mcm salu pitam..

neway..selamat hari raya pada kak nadh dan suami..;)

Aida The Pink Goddess said...

aduina..so sweet kisah ini....

rambutan mmg sedap, tp tak sempat pulak aida jd keluangman sana.hehe

Keluang Man said...

actually mmg naza nak ceritakan the real story..tak sangka pula ramai yang komen cerita ni cerita lawak.hehehe..anyway ipa.selamat hari raya maaf zahir dan batin.dari kami sekeluarga.

siti said...

hehehehehehehe......lawak jga ceta,tp di sebalik ceta ni kita tau mana yg baik n yg buruk,ceta ini bole dinobatkan sbgai ceta tauladan n bole masuk "box office"!!!!!!!!!!!!!!!!siti

keluang man said...

hahaha..rugi aida tak balik sini..buah rambutan sedang banyak berbuah..nanti ada juga Keluang Girl hehehe..

now i understand..how keluang man get his name from the cartoon.hehehe

Keluang Man said...

yup..ok sangat tu CT.kita buat film..abg jadi keluang man CT jadi keluang girl..tajuk film tu "Under ni pokok Rambutan" hehe..

MDabu said...

bapak laaa ,sadisnyaaa isk2
di turunkan azab direct......
bld pressure drop ,sumthn wrong wif circulation,jantung kurang darah ni...huhu kena check

ada org tu ckp sabahhhhh heheh
baby2

Aida The Pink Goddess said...

siapa2?? (O_o)

Anonymous said...

asyik2 sakit je husband u ni, muda2 lg dah sakit ke??baik g check awl2..jgn dibiar2..nti parah, nauzubillah..