Readers, please email for inquiries. I rarely respond through comments. Thank you: nadhirah_sainuri@yahoo.co.uk

Saturday, September 12, 2009

PeLajarku :: Kesabaranku

Abah (Hj. Sainuri Hj. Yahmin) sent emaiL kat saya. Abah tuLis: "masukkan dlm blog kakak sbgai suri teladan. edit dulu bagi lawa sikit."

And for that, siLaLah baca artikeL kat bawah ni.

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan. Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya di rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan t idak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”

Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

“Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita-cerita begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara-perkara berikut:

  • Solat sunat
  • puasa sunat
  • berzikir
  • bersedekah
  • mengusap rambut anak yatim
  • mendengar cerita-cerita kesusahan orang lain
  • membantu orang susah

7 comments:

IkanStim said...

ni macam cerita iran ka iraq tu. gold fish xsilap

abg ngan adik pmpuan tukar2 kasut p skolah.
pastu abg dia ikut lumba lari nk menang kasut

~{[-Da Lovers-]}~ said...

ada fiLem ka dorg buat?

Sal said...

mcm pena tbc pasal citer ni...tp xtau kat mn. apa2 pun citer ni buat sy tersentuh..

~{[-Da Lovers-]}~ said...

a'ah. mmg biasa baca. seLaLu kena forward kat daLam emaiL ;)

IkanStim said...

yup3
film
xpnh tgk ka? pnh tu xingat kot

Aida The Pink Goddess said...

nasib la satu saiz..

Anonymous said...

ya..ni sbnrnya kisah pgajaran bkn je utk cikgu2 yg terkeras hati but oso to those who think tht they r better off, igt2 la jg yg kkurangan..drpd memblogging mnunjukkan kesedapan mknn2 kt tpt2 mewah, lbh baik buka blog utk sebarkan pkara2 sbegini..ye tak?? ;)