Readers, please email for inquiries. I rarely respond through comments. Thank you: nadhirah_sainuri@yahoo.co.uk

Wednesday, November 11, 2009

Pernah Memberi Hutang & Penghutang Lambat Bayar?


blogger-emoticon.blogspot.com
Mesti korang jadi mcmni kan?
Tengah pokai tapi maLu nak minta duit sendiri

Sesungguhnya ALLah Lebih mengetahui akan sifat makhLuk ciptaannya iaitu manusia akan Liat membayar hutang. (Owh PTPTNku...) Maka teLah disebutkan daLam Surah AL-Baqarah ayat 282 yang berbunyi:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar). Dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi surat itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil (benar) dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjualbeli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."


Mari saya ringkaskan.
Ada beberapa perkara yang perLu diketahui sebeLum kita memberi hutang.

* Mesti ada perjanjian bertuLis yang jeLas antara penghutang dan pemiutang
* Wajib membuat perjanjian bertuLis waLaupun daLam jumLah yang keciL
* Mesti ada 2 orang saksi LeLaki bagi kedua-dua penghutang & pemiutang. KaLau takda dua orang, seorang LeLaki & 2 orang perempuan

Tak kiraLah sesama kawan rapat, saudara mara apatah Lagi orang Luar. Bukan sebab kita tak percayakan dia TETAPI ALLah yang suruh! BiLa ALLah suruh, maka ia dah jadi perkara wajib. BiLa perkara wajib tak kita Laksanakan, kita akan jadi orang yang fasik. SiLap-siLap masuk neraka! Nak ke?

Ni contoh surat perjanjian sebuah syarikat. BoLehLah korang ubahsuai sikit:


2 comments:

Aida The Pink Goddess said...

tak pernah cuba mintak duit sendiri, the most can do is halalkan..huhu

mnazam said...

Terima kasih kerana share info ini. Saya guna contoh perjanjian ini.