Readers, please email for inquiries. I rarely respond through comments. Thank you: nadhirah_sainuri@yahoo.co.uk

Saturday, September 26, 2009

Suasana Desa :: Suamiku PeLadang Berjaya

MemperkenaLkan suamiku.
BeLiau adaLah seorang peLadang yang berjaya.
Buktinya, hasiL daripada titik peLuh bekerja setiap hari, beLiau berjaya membeLi sebuah kereta & membina sebuah rumah di daLam hutan yang dikerjakannya.

Ini adaLah hiburan buat suamiku dikaLa beristirahat
BekaLan eLektrik tidak sampai ke kawasan ini


IniLah mesin yang banyak berbakti kepada beLiau
Mesin meLenyekkan getah


Tidak sia-sia...
Akhirnya berjaya memiLiki sebuah van import
WaLaupun rupanya agak usang, namun suamiku berpuas hati
Ia mengingatkanku kepada kereta FLinstone
Bergerak menggunakan kaki


JemputLah bertandang ke rumah kami
Bawa bantuan sekaLi
Kg. Semberono, JaLan Tipu, Lorong Merapu, KK.



blogger-emoticon.blogspot.com
p/s: gurau2 di hari raya memeriahkan suasana. hihi

Trip to Kudat

25-26 September 2009

Kami berkonvoi 2 kereta ke Kudat & bermaLam di Rest House. Rate untuk singLe & doubLe bedroom RM60 untuk kakitangan kerajaan & RM70-200 untuk orang awam.

Tempat yang teLah diLawati:
Tip of Borneo
Kg. Gombizau: tempat pembuatan madu
Ostrich Farm di Kota BeLud

Habis kotor kereta. Hujan~ Lumpur~ Lopak~


Ketibaan kami ke Tip of Borneo disambut dengan hujan yang sangat Lebat
Thus, hanya dapat ambiL gambar dari daLam kereta


Ini adaLah hasiL daripada pemprosesan madu Lebah
Packaging dia sama dengan kat kedai tapi LabeL Lain
Madu ni tak dicampur guLa & tak dimasak
Sebab tu cair, kurang manis & tidak hitam


Ini adaLah saLah satu kotak tempat Lebah bekerja


MuLa-muLa, asap akan disembur
Ini untuk memabukkan Lebah-Lebah agar tidak menyengat
Tapi asap ni tak berkesan untuk Ratu mereka


SaLah satu sLot madu dikeLuarkan
SekaLi Lagi asap akan disembur untuk meLaLikan Lebah


Hish!
Berani betoL dorang pegang sLot madu yang masih ada Lebah


Mak & abah makan madu originaL sekaLi dengan LiLinnya
Tapi make sure korang tak teLah LiLin tu


Gambar kat bawah ni puLak, time kami sampai di Ladang Ostrich. Masuk ke simpang JaLan Rampayan Laut. Bayaran masuk untuk kanak-kanak, RM3 & dewasa RM5. Besaaaaaaaaaar Ladang ni. Laut di sepanjang jaLan ke Ladang ni sangat cantik! PukuLan ombak & angin sangat tempting! ergh~

Macam honeymoon di Aussie. haha


Cantik kan??!!!!
kaLau korang datang sini tengok sendiri, rasa macam taknak baLik
Putih bersih!

Thursday, September 24, 2009

Yeah! SyawaL Pics!

SaLam 'EduLfitr!
blogger-emoticon.blogspot.com
Akhirnya! Penantian berakhir!
Kami menyambut Hari Raya AidiLfitri dengan gembiranya pada 3 SyawaL.

DimuLakan dengan soLat Maghrib berjemaah, tazkirah Maghrib daripada Abah dengan tajuk 'Siapa Kita & Ke Mana Tujuan Kita" & diakhiri dengan soLat Isya'. Kemudian kami meraikan kepuLangan dengan dinner di KFC secara berjemaah juga. Hehe.. Dah kenyang, kami memuLakan Raya Version Photoshot di rumah dengan tema merah.
(kaLau 2 orang adik tu ada Lagi best)


It's finger Licking good
SebeLah kiri tu cousin Siti. Nama Tina. Baru masuk IsLam
Dah pandai pakai tudung


FamiLy Pics
SiLa kLik kaLau nak tengok Lebih jeLas
(Tok memang tak boLeh fokus)


Para wanita


TengokLah husband I tu
Mak kata cute macam kanak-kanak
MenonjoLkan kematangan diriku. huhu


Ah~
kat sini husband I ok sikit


3 jejaka kamceng


BerSama pengikLan bLogku yang macam tak Laku. haha


Cukup dah gambar?
SaLam 'EiduLfitr daripada kami sekeLuarga!


blogger-emoticon.blogspot.com

Wednesday, September 23, 2009

Kisah Pokok Rambutan dan Bapak Mertuaku..

WARNING!
Cerita di bawah sangat panjang.
SiLa baca dengan penuh tumpuan & kekhusyukan.
DituLis oLeh suamiku

******************************************************************************

Terlebih dahulu diawal kalanya saya ingin memohon maaf dan memohon ampun kepada bapak mertuaku yang disayangi dan dihormati.

kisah ini berlaku sewaktu saya dan isteri menyambut hari raya aidilfitri pada hari kedua di rumah bapak mertuaku di bukit ketiau. namun diriwayatkan, peristiwa ini berlaku semasa bulan ramadhan. ketika itu saya dan bapak mertuaku a.k.a abah mertuaku sedang berjalan-jalan di belakang rumahnya menuju ke sebuah pokok rambutan yang sangat banyak buahnya namun masih belum lagi masak. berikut adalah perbualan ringkas kami:

Naza: wah banyaknya buah rambutan ni kan abah..
Bapak Mertuaku: Ya..ni jenis rambutan kelapa ni tapi belum masak lagi..
Naza dalam hati: (punyala best buah ni kalau dapat aku makan..my taste of fruit ni hehe..)
Bapak Mertuaku: Aik?..
Naza: Napa Abah?..
Bapak Mertuaku: Kurang Asam.. (sambil tersenyum) habis separuh buah rambutan ni dimakan oleh Keluang.. betaburan. dikasi tinggalnya kulit saja di bawah pokok rambutan ni..
Naza: ish..ya kan abah.
Bapak Mertuaku: Belum lagi kita rasmi, suda diorang (keluang) makan..

selepas kejadian itu kami pun masuk ke dalam rumah untuk berbuka puasa.. dan itulah kejadian asas cerita kepada peristiwa ni.

Sewaktu di hening pagi Hari Raya Aidilfitri mak mertua dan bapak mertuaku telah berangkat balik ke Penang untuk berhari raya dengan keluarga mak mertua di sana. jadi tinggallah kami di rumah bapak mertuaku untuk menjaga rumah, tok dan adik-adik yang lain. inilah perkara yang sebenarnya telah berlaku di pagi hari raya pada hari kedua.. ketika itu saya bangun awal pagi sekitar jam 6 am. sambil meminum secawan kopi, saya keluar menuju ke arah belakang rumah sambil berdiri di sebelah pokok rambutan yang terletak di tepi lereng-lereng bukit sambil melihat kondisi pokok rambutan itu. Melihat pokok rambutan yang berbuah hijau seakan-akan merah itu, saya berfikir.. "sayangnya kalau buah rambutan ni kena rembat lagi oleh Keluang.." dengan tidak berfikir panjang saya pun petiklah sebiji dua rambutan tu lalu memakannya sambil menikmati udara yang segar dan melihat matahari terbit. sedar tak sedar saya dah termakan hampir sepuluh biji buah rambutan tu.. ai yo yo. dengan tiada perasaan apa-apa dan slumbernya saya masuk ke dalam rumah lalu mandi.. ketika itu puteri kesayangku masih berdengkur lagi hehehe.. (part ni aku nak deLete tapi suamiku tak kasi. asbestos!! tido Lepas soLat subuh ye.) selepas itu, pada hari raya keempat 23hb sept. mak dan bapak mertuaku pulang ke kk dari Penang.

Naza : siapa ambik abah dan mak sayang?
Isteriku : biar sayang jak la ambil dorang kat airport ya.
Naza : baikla kalau macam tu nanti kita jumpa di rumah (ketiau)..abang ada urusan ni dengan insurance dan nak ke JPJ.

akhirnya jam 11.30am kami berpisah dengan memandu kenderaan berasingan menuju ke destinasi masing-masing.. i do my work and my wife go to the airport.. sewaktu saya sedang memandu kereta menuju ke JPJ melalui jalan kepayan, tiba-tiba saya pening dan pitam. My heart pressure dropped. saya hampir acccident with my mercedes.. nasib baik saya sempat berhenti di bahu jalan untuk berehat sambil menahan kesakitan. masa tu tak mahu call sapa-sapa coz i tought i will be ok. sewaktu berehat di dalam kereta, saya teringat wajah isteri saya sambil menyebut namanya.. tapi masih tak mahu bagitau dia takut dia risau. (part ni buat i geram kat husband i!) lepastu baru saya sedar dan teringat.. "Masyallah.. hari tu aku terlalai kerana telah memakan buah rambutan tanpa meminta izin daripada tuannya".. kalau diizinkan tuhan mesti aku nak minta maaf kat bapak mertuaku... tiba-tiba my wife called and i answered it..

Isteriku: hello..abang?.. abang buat apa berhenti di tepi jalan tu? baru tadi kami limpas sebelah kereta abg..
Naza : oh..tiada apa-apa sayang..abg berehat sekejap..
Isteriku : abang ok?..
Naza : em..abg ok jan risau..rehat kejap jak ni..

tiba-tiba mak mertua kata kat my wife suruh U turn balik tgk abg.. so my wife pun pusing la balik dan berhenti di belakang kereta saya (as my wife told me).. masa tu saya sedang tertidur dalam kereta.. tiba-tida bapak mertuaku muncul di sebelah passenger seat sabil mengetuk pintu kereta saya.

Bapak Mertuaku: Tok..tok..tok..
Naza: (lalu aku membuka cermin kereta)
Bapak Mertuaku: naza ok kah?...duduk sebelah la biar nadhirah yang drive..

tiba-tiba isteriku muncul membuka pintu keretaku dan menyuruh saya pergi ke sebelah tempat duduk.. sambil berjalan menuju ke sebelah passenger seat, saya terus mencapai dan mencium tangan bapak mertuaku sambil berniat "ampunkan naza, abah"..

tapi saya tak confess lagi dengan beliau mengenai buah rambutan tu... "em..nanti dirumah jak lah saya bagi tau.." sambil saya berfikir dan bersyukur kerana kedua-dua orang yang saya ingat pada masa saya sakit tadi itu telah muncul dengan tiba-tiba.. sungguh hebat kekuasaan Allah S.W.T. nak dipendekkan cerita, selepas selesai urusan di JPJ ditemani isteri tersayang, kami pun balik ke rumah bapak mertuaku sambil minum petang dengan mak dan bapak mertuaku di dapur.. part paling best: ketika sedang rancak bercerita tentang sambutan raya di Penang, tiba-tiba saya ternampak beberapa buah rambutan di dalam raga-raga (basket).. sambil berkata..

Naza: Wah..Rambutan.. banyaknya.. darimana ni?
Bapak Mertuaku: Ni dari pokok rambutan belakang rumah tu la..tadi kami petik dengan Amad...
Naza : Ooooh...
Bapak Mertuaku: tapi sayang ba..habis suda dimakan oleh keluwang..tinggal yang hijau-hijau jak..
Naza : Ooooh..(masa tu aku berfikir..kesian ba.. aku yang makan, keluwang pula disalahkan)
Bapak Mertuaku: Tinggal kulit nya saja yang dikasi tinggal disana..
Naza : ah..Abah?..sebenarnya naza yang makan buah tu abah..
Bapak Mertuaku: Ooooo hoho.. naza pula yang makan tu.. (besarnya Ooo dia) sambil ketawa.. sampai tinggal kulit ba disana kami ingat keluang yang makan... rupanya naza pula makan... hehehe..

dan part paling best lagi pada malam tersebut selepas menunaikan solat maghrib berjemaah, abah ada menyampaikan tazkirah bertajuk "Siapa diri kita dan kemana hala tuju kita" yang dipengerusikan oleh En.Ahmad Farid hehehe.. di dalam ceramah abah tu ada terselit kisah pokok rambutan sebagai contoh.. dan semua orang tergelak ketawa sambil abah sudah memaafkan kesalahan saya.

masa tu saya betul-betul malu dan insaf.. walaupun aku dah bagitau bapak mertuaku perkara yang sebenarnya.. namun aku masih berfikir sampai sekarang.. bagaimana saya boleh terleka sambil tidak menyedari bahasanya saya telah memakan buah daripada pokok rambutan tanpa meminta izin daripada tuannya.. mungkin inilah yang dikatakan "Manusia dan nafsu"..hehehe. confirm lepas ni saya fobia dengan pokok buah rambutan hahahaha..

jadi ini la kisah tauladan yang boleh dijadikan iktibar kepada kita semua.. mengambil dan memakan hak orang lain itu adalah satu kesalahan dan dosa. maka andaikata kita terlupa macam kisah saya ni.. cepat-cepat la minta maaf kat orang tu ok...sampai disini saja. dah penat menaip ni..

akhir kata sekali lagi saya nak minta ampun dan maaf kepada bapak mertua ku tersayang.. maafkanlah naza kerana terleka hehehe.. kesian keluwang. tak pasal-pasal kena finah.. hehehe..dan dikesempatan ini juga saya nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin dari saya dan isteri (Nadhirah).

"wassalam.."



blogger-emoticon.blogspot.com

Sunday, September 20, 2009

'EiduLfitr yang pertama

blogger-emoticon.blogspot.com
*sigh*

Raya pertama dengan Husband - cooL
Raya pertama tanpa parents - uuu~
Raya pertama TANPA GAMBAR! - so not me!



Thursday, September 17, 2009

Apa itu ABIM?

SambiL mendengar Lagu Raya koLaborasi Raihan & Hujan, tiba-tiba teringat beberapa hemat daripada Yang Di-pertua ABIM Sabah ketika Iftar Jama'iy 16 September 09 Lepas. SebeLum cerita pasaL tajuk entri kaLini, nak cerita pasaL Iftar Jama'iy duLu. DimuLakan dengan MajLis Khatam Qur'an, majLis berbuka puasa (minor), soLat Maghrib, makan (major), SoLat Isya', SoLat Tarawih (20rakaat), SoLat Witir serta MajLis Penyampaian Cenderahati fasiLitator & guru-guru TASKI. Sekitar 40 orang hadir memeriahkan majLis.

Juadah minor. Major tak dapat snap


SebeLum SoLat Maghrib


SoLat Tarawih berjemaah


Penyampaian cenderahati kepada fasiLitator oLeh YDP ABIM Sabah; AbduL Manap Mahmud



Apa itu ABIM?
ABIM merupakan akronim kepada Angkatan Belia Islam Malaysia. ABIM adalah pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). ABIM adaLah non-partisan. Maksudnya tidak memihak kepada mana-mana parti poLitik atau individu. Dengan membawa konsep amar ma'ruf nahi mungkar, ABIM akan menyokong sesiapa sahaja yang menuju ke arah itu. Untuk info seLebihnya seperti misi, visi, objektif & cara pergerakan ABIM, boLeh kLik SINI.

Bagi ABIM Sabah, ia terpecah kepada 3 komponen. SISMA, ABIM & WADAH. KaLau kat semenanjung, SISMA sama dengan PKPIM. Ramai yang confuse. Biar I jeLaskan. SegaLanya bermuLa dari ABIM.

KaLau duLu, ABIM ni tergoLong dari semua peringkat umur. Namun, bagi memudahkan proses kaderisasi diLakukan, Siswazah Muda ABIM (SISMA) ditubuhkan untuk menyamaratakan tahap pemikiran anak-anak muda. SISMA boLeh disertai oLeh budak-budak sekoLah menengah sehinggaLah di peringkat pengajian tinggi. Bagi yang dah meLepasi tahap itu, dia termasuk daLam ABIM.

Siapa yang masuk WADAH? WADAH ni baru saja ditubuhkan pada tahun 2005 bagi menyahut seruan kerajaan menghadkan usia beLia kepada 40 tahun. So, sesiapa yang dah meLebihi 40 tahun, dia akan berganjak ke WADAH meninggaLkan ABIM. Namun, ketiga-tiga komponen ini berkoLaborasi setiap masa bagi mengeLakkan percanggahan ideoLogi meLaLui usrah & majLis-majLis iLmu yang dianjurkan.

Faham dah?
KaLau tak faham, tanya!

BerbaLik kepada amanat YDP ABIM Sabah ketika mengakhiri Iftar Jama'iy, beLiau ada menyeLitkan mesej yang amat bermakna:
1) Menjadikan ABIM Sabah sebagai pemimpin semua persatuan beLia di Sabah.
2) Mewujudkan Lebih banyak institusi pendidikan IsLam di Sabah. Perasan tak kat UMS dah muLa ada DipLoma Pengajian IsLam Lanjutan? Itu pun sebab ABIM Sabah majukan permasaLahan itu kepada TYT LaLu sebagai Langkah awaL, diwujudkan peringkat DipLoma duLu. Harap-harap Lepasni makin naik tahapnya.
3) Menjadikan Sabah Negeri Di Bawah Wahyu. (bestnya bunyi dia!)

TaqobbaLaLLahu minna waminkum!

Monday, September 14, 2009

Confused

blogger-emoticon.blogspot.com
Mrs. is the short form for Misses
Where did the Letter "r" come from?

anyone?

Sunday, September 13, 2009

KemaLangan :: Prevent!

Owh God!
I've been eating my DeLightfuL Potato SaLad three days in a row!
FuLL Like a pig an onion head
blogger-emoticon.blogspot.com
(Look at da way it rubs it's stomach: cute!)

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

KUALA LUMPUR (14 Sept 09): Sebanyak tujuh kematian di jalan raya dilaporkan pada hari pertama Ops Sikap ke-20 yang bermula semalam sehingga 27 September ini bagi mencegah kemalangan sempena sambutan Aidilfitri.

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Supt Rasdi Ramli dalam satu kenyataan berkata, lima kematian itu berlaku dalam empat kemalangan di jalan persekutuan manakala masing-masing satu kematian berlaku di jalan negeri dan jalan bandaran. Empat mangsa yang terkorban membabitkan kemalangan kereta, dua mangsa lagi melibatkan pembonceng motorsikal dan seorang pejalan kaki.

Sejumlah 874 kemalangan berlaku dalam tempoh 24 jam itu dengan jalan bandaran mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi dengan 430 kes diikuti jalan persekutuan (186), jalan negeri (122), lebuhraya (90) dan jalan-jalan lain (46). Sebanyak 11,104 saman dikeluarkan semalam. - Bernama

AiyooOoo~ baru hari pertama Ops Sikap, dah beratus kemaLangan & kematian terjadi. Kenapa biLa tiba musim perayaan, berLaku peningkatan mendadak? Harini taktau berapa banyak puLak kemaLangan akan diLaporkan. Sebagai seorang pemandu, I ada tips-tips mengeLak kemaLangan:

1) Buang perasaan riak/ego/eksyen/minta puji - Mungkin kereta yang kamu pakai tu, kereta baru. Takpun, ada kehebatan dari segi enjin; contohnya enjin Turbo. Takpun, kereta tu sound system sehebat cinema. Takpun, tayar baru beLi bunga masih tebaL. Takpun, kereta baru cat atau aksesori baru. Takpun, kamu baru LuLus dari Akademi Memandu maka nak test power. Takpun, kereta tu dah berkaLi-kaLi menang drag test dengan member. Apapun aLasan kamu, TAK PAYAHLAH riak/ego/eksyen/minta puji sebab... kereta Lain yang tengok kamu memecut akan kata kamu sebodoh beruk. TIDAK ADA pemandu Lain yang kagum tengok kamu macamtu. Kamu saja yang PERASAN HEBAT!

2) Berhenti biLa mengantuk - Benda ni paLing berat. MATA. Kita guna mata untuk tengok jaLan. KaLau mata dah tak boLeh berfungsi sepenuhnya a.k.a mengantuk, macamana nak fokus? ToLong jangan nak tunjuk hebat kononnya kamu ni TAHAN PANDU JAUH TAK PAYAH BERHENTI. WaLaupun sesaat mata kamu terpejam, daLam keLajuan 80-140Km/j, kamu MENEMPAH MAUT! Penumpang akan Lebih respect kamu biLa kamu berhenti ketika mengantuk. By da way, penumpang pun nak jugak strecthkan badan.

3) Periksa kenderaan sebeLum bertoLak - Pendek kata, pergi servisLah kereta tu. Tapi kaLau rasa kereta baru je Lepas servis, cek perkara-perkara berikut: Air, minyak hitam, minyak brake, angin tayar kenderaan, angin spare tyre, fueL tank make sure cukup kuantiti, torch Light (manatau tayar pancit maLam-maLam), emergency sign (benda merah 3segi tu), tooLs Lengkap, emergency kit, kain (untuk basahkan muka atau buka benda-benda yang panas kat enjin kereta).

4) Baca do'a sebeLum bertoLak - Apa-apa haL pun, seLepas berusaha, kebergantungan kita hanya pada Tuhan/ALLah. Tau tak do'a menaiki kenderaan? KaLau tak hafaL, tadahLah tangan, baca daLam Bahasa MeLayu pun takpa yang penting seikhLas hati. Ini do'a pendek [kLik] (kaLau nak cuba hafaL) Tapi kaLau saya, saya akan gabung kedua-dua do'a [kLik]. Baca atas duLu kemudian sambung yang bawah.

Mari kita sama-sama eLak kemaLangan!!
AmbiL kisah INI (siLa kLik) sebagai pengajaran
blogger-emoticon.blogspot.com

Saturday, September 12, 2009

Anna Maria

blogger-emoticon.blogspot.com
SAYA SUKAAAAA!!!!

12 September 2009
Cerekarama TV3
Tajuk: Anna Maria
Fahrin Ahmad, ELLy MazLein, Erry Putra, Aida RadzwiL

Sumpah! IniLah drama MeLayu paLing best, seLamba, bersahaja tapi sangat menghiburkan. Cerita dia Logik & betuL-betuL macam kehidupan seharian kita. Takde benda-benda mengarut macam daLam ManjaLara (bunuh 10 orang pun takde orang boLeh perasan padahaL duduk 1 rumah), Bawang Putih Bawang Merah (sekejap hidup sekejpa mati. Tipu depan mata pun boLeh tak perasan)

KaLau ada juaL CD dia, I nak beLi buat simpanan!

Fahrin & ELLy MazLein sangat cute~
Both of them are doctors yang baru habis study oversea (sangat resembLe Abu) & terpaksa rahsiakan perkahwinan dorang daripada Mak Fahrin (Aida RadzwiL) sebab mak dia tak suka anak dia kahwin piLihan hati sendiri. Cerita ni berkisar tentang cara mereka merahsiakan hubungan. Sangat catchy. Owh~
Nama perempuan yang nak dojodohkan dengan Fahrin daLam cerita tu: NADIRA. Hahahaha sangat gedik!

Siapa ada tengok?
Share3!!!
blogger-emoticon.blogspot.com

PeLajarku :: Kesabaranku

Abah (Hj. Sainuri Hj. Yahmin) sent emaiL kat saya. Abah tuLis: "masukkan dlm blog kakak sbgai suri teladan. edit dulu bagi lawa sikit."

And for that, siLaLah baca artikeL kat bawah ni.

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan. Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya di rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan t idak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”

Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

“Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita-cerita begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara-perkara berikut:

  • Solat sunat
  • puasa sunat
  • berzikir
  • bersedekah
  • mengusap rambut anak yatim
  • mendengar cerita-cerita kesusahan orang lain
  • membantu orang susah

Friday, September 11, 2009

Resipi :: DeLightfuL Potato SaLad



Resipi ni dah ramai orang minta. Kenapa? Of course because it's deLicious! Lagi mau tanya ka? Disebabkan I dah maLas nak expLain beruLang-uLang kaLi, maka I nak tuLis kat daLam ni je. BiLa orang minta, I akan kata, owh.. u masuk je kat bLog I pastu u taip kat box search perkataan potato saLad. Wah~ senangnya!

Bahan-bahan:
1) Tomato sebiji
2) Bawang merah sebiji
3) Potato/ubi kentang seberapa biji yang anda suka
4) Susu segar
5) Mince meat/daging kisar
6) Mayonaise


Cara-cara buat:
1) Potong tomato & bawang merah kepada kiub-kiub kecil
2) Potong potato kepada kiub ikut suka saiz yang korang nak makan. Pastu rebus daLam air garam sampaiLah Lembut & toskan.
3) Gorengkan mince meat sehingga kering
4) Sebatikan mayonaise & susu segar di daLam satu bekas besar
5) Campurkan kesemua bahan-bahan tadi ke daLam bekas besar tadi. GauL.



DaLam resipi originaL, dorang campurkan daun saLad kat daLam potato saLad ni. Tapi disebabkan saya akan buat DeLightfuL potato saLad ni time ada event or party or majLis yang meLibatkan kanak-kanak, maka I taknak campurkan sayur sebab nanti dorang tak makan. KaLau nak Letak, boLeh je. Lagi berkhasiat. SeLamat mencuba!