Readers, please email for inquiries. I rarely respond through comments. Thank you: nadhirah_sainuri@yahoo.co.uk

Thursday, February 25, 2010

Kenyataan Nalla :: Tidak Masuk Akal

Dalam surat khabar Utusan Malaysia, Khamis, 25 Feb 2010, Datuk S. Nallakaruppan telah membuat kenyataan bahawa Datuk Seri Dr. Wan Azizah (DSWA), Presiden Parti KeAdilan Rakyat (PKR) selayaknya diberi anugerah 'Pelakon Wanita Terbaik 2010' atas kehebatan lakonannya ketika berhadapan dengan rakyat. Sehinggakan Nalla sanggup mencadangakan penganugerahan itu kepada Menteri Penerangan, Komunikasi & Penerangan, Datu Seri Dr. Rais Yatim untuk dipertimbangkan.

Apakah???

Bagi yang tak tahu, Nalla kata macamni:
1) DSWA sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga kerjaya suaminya
2) DSWA sanggup berpura-pura di hadapan rakyat untuk kepentingan suaminya
3) DSWA mampu meraih 'Anugerah Academy' di Hollywood

Mengapa kenyataan ini perlu dibuat? Sehingga masuk muka depan akhbar. Walaupun sudah menganggap dirinya sebagai Bekas Sahabat Baik DSAI, bagi seorang yang masih beragama & berakhlak, tak perlulah nak memburukkan bekas sahabat sendiri sehingga melibatkan keluarga. Hanya kerana DSAI mewakili pihak pembangkang dalam politik negara, tidak bermakna dia bebas dikutuk, dicerca, difitnah, dihina, dipukul. Berpada-padalah...

blogger-emoticon.blogspot.com

Perlu diingat, seorang isteri yang setia, selagi mana dia mengenal suaminya & menyayangi suaminya sepenuh hati, selagi mana dia tahu suaminya berada di pihak yang benar, dia pasti akan melakukan apa sahaja bagi membersihkan nama & membela suaminya. SAYA JUGA AKAN MELAKUKAN BENDA YANG SAMA dan saya percaya mak, mama mertua & kakak ipar saya akan melakukan benda yang sama jika suami kami terlibat dalam permasalahan seperti ini.

I Love my husband

Mengimbas kembali pemecatan DSAI pada tahun 1998, banyak pertuduhan dilemparkan ke atasnya sekaligus membabitkan KESELURUHAN ahli keluarganya. Jauh di sudut hati saya, percaya dia tidak melakukannya & hasilnya apa? Dia akhirnya bebas daripada semua pertuduhan tersebut. Maha suci ALLah. Bayangkan apa yang telah dilalui DSWA ketika itu? Membesarkan anak-anak tanpa suami, terpaksa berhadapan dengan pelbagai spekulasi, terpaksa berhadapan dengan karenah rakyat. Kita nak membesarkan anak-anak pun payah, inikan pula seluruh Malaysia perlu dilayan.

Anda rasa anda cukup kuat untuk menghadapi itu semua?
Anda rasa anda superior dengan menjadi seorang lelaki?

Hentikanlah mengutuk peribadi seseorang. Buka kitab keagamaan dan kaji semula semua tindakan anda. Selaku seorang isteri dan seorang wanita, sekali lagi saya menegaskan, saya juga sanggup berbuat apa sahaja demi suami saya selagi saya tahu dia berada di pihak yang benar! Tak tahulah pula isteri anda bagaimana.

3 comments:

Aida The Pink Goddess said...

bertuahnya suami k nadh :)

abu ubaidah said...

y? u dun want to do it for me?? o my,

Nadhirah said...

tet! she didn't mean dat way