Readers, please email for inquiries. I rarely respond through comments. Thank you: nadhirah_sainuri@yahoo.co.uk

Thursday, February 18, 2010

PUKONSA (Part II)

blogger-emoticon.blogspot.com
Happy! Happy!
~ALhamduLiLLah~


Ok, kita teruskan ke proses memohon Lesen PUKONSA.


PENDAFTARAN SEBAGAI KONTRAKTOR BEKALAN & PERKHIDMATAN

1) Beli borang kuning RM2 + buku panduan RM3 kat kaunter no.2
2) Isikan borang yg korang beli tu selengkap2nya.
3) Sediakan semua items yang saya taip kat bawah ni:

~ Salinan sijil kelahiran pemohon/ pekongsi

~ Salinan kad pengenalan pemohon/ pekongsi

~ Salinan lesen berniaga yang masih sah tempoh pendaftaran & SELARAS dengan bidang yang dipohon. Contohnya; Kalau korang nak apply katering dalam PUKONSA tapi dalam lesen DBKK korang hanya ada membekal bahan makanan mentah, korang kena pegi DBKK untuk tambah bidang. Nak tambah bidang kat DBKK akan ambil masa 4 hari dan dicaj RM7.

~ Salinan penyata bank bagi tiga bulan terakhir. Kalau korang baru je setup company tak sampai pun seminggu, takyahlah tunggu 3 bulan. Korang boleh masukkan duit directly dan terus minta penyata bank. Untuk syarikat individu/ perkongsian, required amount RM5000. Untuk sdn. bhd., RM10,000. TETAPI, kalau korang merupakan pembekal mesin-mesin pejabat dengan perkakas elektrik, mesti ada RM10,000 dalam akaun. Kalau pembekal bahan binaan pulak, mesti ada RM30,000 dalam akaun. So, bersiap sedialah dengan ongkos nya ya.

~ Salinan Sijil, Diploma, Ijazah atau kemahiran yang dimiliki pemohon/ pekongsi.

~ Pelan lokasi syarikat

~ Surat perjanjian sewa pejabat jika disewa

~ Surat perlantikan daripada syarikat yang kukuh dalam perniagaan kepada pemohon sebagai peruncit/ pengedar/ pengilang atau agen untuk bidang yang dipohon. Make sure surat tu menggunakan letter head dan cop syarikat orang yang korang dah pilih tu. Surat tu mesti dialamatkan kepada PUKONSA. Kalau korang mohon untuk daftarkan 4 bidang dalam lesen PUKONSA, mesti ada 4 surat lantikan. Contoh surat macam kat bawah ni. Ini untuk membekalkan barangan elektrik. Kalau nak bekalkan alat tulis, pandai-pandaila korang cari syarikat stationary yang baik hati untuk sign surat korang.

~ Kalau korang dah kahwin & bercadang untuk membuat perniagaan secara perkongsian dengan pasangan anda, sediakan salinan sijil nikah & buat satu surat perjanjian perkongsian yang menyatakan peratus ekuiti. Make sure surat tu didaftar & disaksikan oleh majistret atau pesuruhjaya sumpah dan disetemkan. Kat Wisma Muis ada pesuruhjaya sumpah. Kalau ada dua pekongsi, akan ada 3 cop. Setiap cop RM10. So, semuanya RM30. Pastu dapatkan setem hasil di Pejabat LHDN located berdekatan dengan karamunsing. Bayarannya RM10. Fotostat surat tu sebab PUKONSA akan ambil yang original.

4) Di belakang Borang Permohonan tu akan ada satu ruangan khusus untuk diisi oleh bank di mana current account syarikat anda telah dibuka. Bawa Borang Permohonan ke bank tersebut untuk dorang buat pengesahan siapa yang berhak tandatangan cek bagi syarikat korang.

5) Setiap borang akan dikenakan RM50 yuran pemprosesan yang dibayar kepada PUKONSA. Kalau korang hantar borang permohonan tu pagi, korang boleh bayar cash. Kalau korang hantar petang, korang kena guna wang pos. Beli kat pejabat pos. Korang akan dikenakan caj RM0.60 untuk setiap keping wang pos RM50. Wang pos tu hendaklah dinamakan kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah.

6) Untuk pembekalan, yuran pendaftaran lesen PUKONSA adalah sebanyak RM500. Untuk kontraktor kerja, RM150. Tapi duit ni korang tak bayar masa hantar borang. Korang bayar bila Kementerian Kewangan dah luluskan permohonan korang tadi tu. Dorang akan meluluskan lepas pastikan semua borang lengkap & selepas bermesyuarat. Dorang mesyuarat bukan hari-hari. Sebulan mungkin sekali. So, pastikan korang hantar borang awal untuk kelulusan awal. Dorang ada had permohonan setiap meeting. Kalau nak tahu, kenala tanya kaunter kat sana.

Erm... apa lagi ya?
Kalau ada apa-apa kemusykilan, tanya jela.

Untuk kontraktor kerja, sama je prosedur cuma kena beli borang biru RM2 + buku panduan RM3. Yang membezakan keduanya ialah, untuk kontraktor kerja, kena mohon Lesen CIDB sebelum mohon PUKONSA. CIDB ni senang je. Ikut kursus 2 hari pastu bayar RM400. Dalam buku panduan kontraktor kerja, ada BANYAK bidang yang boleh dipilih. Dalam column IV, iaitu perkara yang melibatkan landskap, tanaman, pokok & sewaktu dengannya, tak perlu CIDB. Selain daripada column IV, semuanya perlukan CIDB.

Okies.
Semoga berjaya!

34 comments:

Ramly said...

Salam, semoga anda di berkati Allah S.W.T dengan kemurahan hati memberi maklumat sebagai panduan pengusaha pembekal dan kontraktor kerajaan..

Nadhirah said...

Salam. Terima kasih.

Anonymous said...

kalau nak pohon bidang perkhidmatan contohnya memcuci dan membersih..perlu surat lantikan juga ke??

Nadhirah said...

perlu kalau nak masuk ke dalam tender Kerajaan Negeri Sabah. dia termasuk dalam bekalan & perkhidmatan

Anonymous said...

Akum..
Sya nk amk lesen PUKONSA kelas F... Sya blurr. Coz ada yg ckp, kna isi borang pmohonan pdftrn pgiktirafan bumiptra dulu then bru dpt lesen kntraktr. Sy, btl2 nk tau. Ataupn kta kna hdiri kursus dulu utk dptkan sijil, baru kta blh layk mohon lesen yg kta khendaki bdsrkn sijil kursus yg kta duduki.

Nadhirah said...

Yup. Perlu dapatkan pengiktirafan bumiputra dulu. borang boleh dapat di tingkat 5. bekas bangunan lembaga hasil yg lama di padang bandaran.

untuk kontraktor, kena ada CIDB baru boleh mohon pukonsa.

Anonymous said...

Salam... boleh tolong2 kah ni mengurus PUKONSA??? Saya dengar PUKONSA ni susah dapat.

Nadhirah said...

Salam.
Tak susah kalau semua lengkap. Cuma lambat sikitla untuk tunggu pemprosesan selesai.

bukan taknak tolong tapi saya langsung takda kenalan di sana.

myphoneasia.blogspot.com said...

salam,

i nak tanya bagi pendaftaran kontraktor kerja, company tunggal (persendirian)

nak bank statement 3 month juga ker? modal minimum dalam bank RM5000.00?

normally, paling lama, berapa bulan proses pendaftaran PUKONSA?

myphoneasia.blogspot.com said...

salam,

kemarin aku pg pukonsa...

aku beli buku panduan RM3.00 jer..
langsung tak leh pakai..

buku panduan nya ada KOD BIDANG jer...

panduan untuk kontraktor takder.
Hampeh btul la dorang ni..smpai skrg aku tak tahu information pasal ni pukonsa...huhuhuhuhu

nyesal beli...beli ker tidak tetap sesat juga..

Takder pun mention modal berbayar, syarat-syarat syarikat...adoiiii

Nadhirah said...

hmmm? buku panduan tu mmg takda apa2. itu kod saja.

beli borang pendaftaran sekali. di sana ada dia selitkan dua keping kertas tambahan. ada tu semua details berapa modal berbayar.

susah2, kau pegi lagi satu kali, pastu duduk la di kaunter pertanyaan tu. tanya semua soalan yg kau mau tau. hehehe

sue annd said...

hai nadhirah.. surat lantikan mesti dalam bahasa melayu? surat lantikan dari satu supplier dah cukup?

Nadhirah said...

dalam bahasa inggeris pun boleh.

sue ann nak daftarkan berapa bidang dalam PUKONSA. kalau 3 bidang, 3 surat lantikanlah.

Tonoh said...

Assalamualaikum syeikh.

Alhamdulillah saya telah mengikut kursus dari PUKUBM dan telah memperolehi sijil Kurus Asas BInaan Kontraktor. Petanyaan saya ialah, penceramah ada menyentuh tentang sijil kemahiran perlu ada sekurang2nya 4 sijil untuk memohon lesen cidb untuk PUKONSA. Bagaimana nk ambil sijil2 kemahiran?

Lagi satu,,untuk membuka perkhidmtan KOntraktor, adakah diwajibkan untuk membuka satu akaun Syarikat? kalu akaun persendirian xboleh ker??

Nadhirah said...

WaƔlaikumussalam.

Saya ni perempuan =)

Seriously saya belum ada CIDB. kalau Tonoh berjaya dapatkan CIDB, boleh tak share cara2 nya? saya ada ambil borang, banyak sgt prosedurnya.

Perkhidmatan kontraktor, mesti guna akaun syarikat. Contoh Tonoh dapat satu kontrak pembekalan penghawa dingin. dalam invoice, masa nak tuntut pembayaran, takkan nak guna nama sendiri? mestila guna nama syarikat sbb syarikat Tonoh yang bekalkan.

Imtiyaz Enterprise said...

Maaf..ingatkan syekih..heheh..

Saya baru ambil borang di CIDB..insya'Allah klu dah approve..saya akan berkongsi dengan semua..

Imtiyaz Enterprise said...

Salam..

Maaf,,ingatkan syeikh..

Saya baru sahaja mengambil borang di CIDb..if dah approve..insya'Allah saya akan share di sini.

Klo nak buka carnt acc,,bank mana yang ok yer??

imran lakima said...

salam... terima kasih dengan tunjuk ajar dan panduan y d berikan.
bleh x trangkan plak cara pmohonan bagi kerja kontraktor?

imran lakima said...

salam...
trima ksih ats tunjuk ajar n panduan.
bleh x trangkan plak cara pmohonan bagi kontraktor kerja pukonsa?
trima kasih

Azura "Banyak Cakap" said...

nasib baik ada blog ni, pening dah saya cari pasal PUKONSA, ekekeke.

THANKS!

warwant_sena said...

nak tambah...jangan lupa semua salinan dokumen kena disahkan oleh pihak yang mengeluarkan dokumen tersebut atau pesuruhjaya sumpah dan tak boleh di scan semula...saya dah kena.

Anonymous said...

Salam,

beberapa hari yg lalu sy nk beli borang tender kawalan keselamtan di perpustakaan negeri Sabah dgn menyertakan sijil KDN & PUKONSA malangnya x dibenarkan coz xda Sijil Pengiktirafan Bumiputra dr KPSKTM. so kne mohon jg ker..guna form ni ker klu nk mohon sijil pengiktiran bumiputera http://www.sabah.gov.my/e-form/pdf/kpsktm/KPSKTM_SB_1A_PIN1-98.pdf

Anonymous said...

senang ja. pegi wisma bandaran ambik borang 2rm. isi lah borang tu. ic, surat branak, trading lesen. htr lah balik. konfirm dapt.

nasiLemak said...

salam

saya ni noob hal-hal kontrak / tender ni...ada pertanyan pada tuan blog...kalau saya nak buat tender kantin sekolah lesen apa diperlukan?
pms atau pukonsa tau kedua-duanya skali?
thnx

HaskentChang said...

Salam... Terima kasih pada owner dan kawan2. banyak saya dapat info pasal pukonsa.

Apa beza PMS dan pukonsa?

HaskentChang said...

Salam
Terima Kasih semua.
Apa beza PMS dan Pukonsa?

bibie said...

Hello..
Berapa geran akaun yg perlu bg lesen pukonsa E,D & C?

Adakah prosedur sama dgan pukonsa F?

T.Kasih

SuperSainal said...

As,kum....


Disini saya nak tanya satu soalan jah....berapa lama selalu nya proses utk dptkan pukonsa..?Trima kasi tuan admin...

jeny chin said...

Hi, tks for ur info. but bole tnya, merujuk kepada permohononan lesen pukonsa, ada berberapa bidang yg boleh di jalankan di rumah seperti pembekal minuman tin. akan tetapi, DBKK tidak membenarkan trading license beralamat kampung. perna tak jumpa kes seperti ini?

Anonymous said...

hai, sy nak tanya, kalau da lengkap semua dan dah hantar application, berapa lama masa diperlukan untuk lesen PUKONSA itu siap? dan wujud tak kes, seseorang pemohon itu terpaksa menunggu sehingga berbulan lamanya untuk lesen PUKONSA dia siap kerana perlu menunggu giliran? thank you

MOHD AZERIN said...

Saya tinggal di kawasan Lahad Datu . Di mana saya boleh membeli borang pukonsa di kawasan lahad datu ?

MOHD AZERIN said...

Hai.. Saya nak tahu dimanakah saya boleh membeli borang pukonsa di sekitar lahad datu..?

MOHD AZERIN said...

Saya tinggal di kawasan Lahad Datu . Di mana saya boleh membeli borang pukonsa di kawasan lahad datu ?

Nadhirah said...

wah banyaknya komen untuk pukonsa.
sorry ya..
Permohonan saya ni lamaaa suda dibuat. jadi saya pun ingat2 lupa.

paling baik, kamu call direct ke ofis mereka. staf2 sana boleh assist.