Readers, please email for inquiries. I rarely respond through comments. Thank you: nadhirah_sainuri@yahoo.co.uk

Tuesday, April 6, 2010

Steps Nak Mulakan Bisnes

Eksklusif for Sabahans

blogger-emoticon.blogspot.com
Saya terima banyak e-mail minta penerangan cemana nak mulakan bisnes.
Lepasni, kalau org tanya lagi, bolehlah suruh masuk blog ni je.
Tak payah susah2 bagi penerangan banyak kali.

blogger-emoticon.blogspot.com
Of course, sebelum mulakan bisnes, kena ada Lesen DBKK dulu.
So, untuk apply lesen ni, benda yang perlu ada:
[PERHATIAN: ini steps untuk enterprise. Dokumen untuk Sdn. Bhd. lain lagi]

Salinan IC yang disahkan. Boleh minta sah kat Jabatan Pendaftaran di mini Putrajaya. Free je. Tapi kalau rasa jauh sangat, kat mahkamah KK pun boleh. Lagipun mahkamah bersebelahan je dengan DBKK. Cuma kena bayar RM4 la.. Buatla dalam 5 salinan.

Perjanjian sewa premis di antara pemilik premis dengan anda (kalau korang nak sewa lot kedai tu la) atau perjanjian sewa beli premis (kalau korang dah beli lot kedai tu) atau surat kebenaran berkongsi premis (kalau korang rasa nak share je ofis dengan member atau kenalan2 lain. Kira korang bayar sewala tiap2 bulan kat member tu sebab menumpang kedai dia)

Kalau korang sewa atau beli lot kedai, sila sertakan salinan resit pembayaran cukai pintu yang terkini. Kalau menumpang premis orang je, tak payahla.

Yuran pendaftaran RM30

Senarai bidang kerja yang hendak didaftarkan. Baik senaraikan awal2 bidang apa yang korang nak register kat dalam borang tu nanti. Takut ada yang tetinggal.

Oh! Lupa nak pesan. Seandainya nombor di tengah2 IC anda bukan -12-, sila sertakan bukti bahawa anda merupakan warga Malaysia & rakyat tempatan Sabah. Kena sediakan salinan surat beranak yang disahkan. Kalau bukan orang Sabah, sila mohon di negeri sendiri. Hehe.

*****

blogger-emoticon.blogspot.com
Dah bersedia untuk proses seterusnya?
Senang je...

Bila semua dokumen dah lengkap, datang ke DBKK & direct ke kaunter 19. Tak payah amek nombor. Bagitau kat makcik tu, nak beli Borang Permohonan Lesen Berniaga. Harga: RM2. Isi borang tu. Pastu amek nombor untuk Lesen Permohonan Baru & tunggu giliran. Orang di kaunter 20,21 atau 22 akan layan anda. Dorang akan semak dokumen asal & salinan yang korang bawa. Nama syarikat yang korang pilih pun akan disemak. Takut kalau2 dah ada orang lain register. Kalau takda masalah, dalam tempoh seminggu, siaplah lesen berniaga korang! Valid untuk setahun.

Bila lesen DBKK dah ada, tibalah masanya untuk korang buka Akaun Semasa. Pilih mana2 bank yang korang suka.
Perkara yang perlu ada:

Salinan IC yang disahkan

Salinan lesen DBKK yang disahkan. Untuk sahkan lesen, pergi ke kaunter 19 di DBKK. Dia akan kenakan caj RM10 untuk pengesahan pertama & RM2 untuk setiap keping pengesahan seterusnya. Untuk langkah berjaga2, baik korang sahkan dalam 3 salinan supaya tak rugi. Sebab... Kalau korang buat pengesahan lagi sekali di lain hari, kena bayar lagi RM10. Pengesahan akan siap dalam tempoh 5hari waktu bekerja.

Cop syarikat. Pegila buat cop korang kat mana2 kedai cenderamata atau kedai alatulis. Pinsa pun boleh. Cop paling murah RM6.

Deposit duit. Nilai bergantung kepada bank yang korang pilih. Alliance Bank RM2000. EON Bank RM1000. Maybank kalau tak silap RM1500.

Introducer. Introducer adalah sesiapa sahaja yang anda kenali yang mempunyai Akaun Semasa di bank tersebut. Sebaik-baiknya, Akaun Semasa atas nama syarikat. Kami menggunakan EON Bank. Kalau nak buka Akaun Semasa, bolehlah contact kami untuk jadi introducer. InsyaALLah akan dibantu. Pastu kena belanja makan kat Secret Recipe. Hehehe. Bawa introducer anda datang sekali waktu nak buka akaun tu supaya senang tandatangan & cop.

Biasanya, buku cek syarikat anda akan dapat dalam tempoh 2-3minggu selepas akaun dibuka.

******

blogger-emoticon.blogspot.com
Fuh~
Tu jela. Siap dah.
Dah boleh buka bisnes sendiri.
Pastikan yang HALAL ok!
[Sebarang penambahan, sila komen]

10 comments:

FarahFaridahWithLuv said...

wah..menarik tertarik..nanti kalo saya mau mulakan bisnis bolehlah print jak trus step2 ni nadh arr..;D

Nadhirah said...

kalau mau hapal terus pun bole ba. hehehe

Neyz said...

hai tuan punya blog...eheheh..ini la bantuan yg sya perlukan skg ni..byk suda search google..tp suma gtaw psl step buka bisnes di Semenanjung..mna sma kan..Dorg pkai SSM sini DBKK..tengkiu ahh..trus besemangat maw truskan sya pnya bisnes..ceeehh..sya maw tnya ba kan pasal itu "resit pembayaran cukai pintu yang terkini"...apa itu??kita dpt tu resit lepas urusan sewa/beli sma tu owner lot ka?gtu??...besala.. xtaw ni...hehe

Nadhirah said...

sorry lambat reply. baru buka blog. hehe. orang yang sewa lot, memang kena bayar cukai pintu. try la sewa dulu baru tau apa itu cukai pintu. itu penyewa akan kasitau nnt. =p

Ezora said...

tuari tekinja2 pi DBKK pi isi borang.. sekali kena sedia macam2 pulaaa... kalo sy baca ni guide before pigi at least x buang karan sy.. tepaksa lg minta cuti sehari nanti.. btw.. guide yg baguss.. XD

Cyrilson Joannes said...

Hi sis
sy ada pertanyaan ni. Sekiranya sy auda buka enterprise ssm d k.l, boleh ka sy apply akaun semasa hanya guna tu sijil ssm? Atau sy perlu apply lg utk lesen trading? Sbbnya sy xda premis tp sy sgt2 perlukn akaun semasa

James Vicky said...

Perkongsian yang sangat berguna hehe

camarputih said...

Ape syarat u orang semenanjung u lesen les di sabah.mensabah

camarputih said...

ng ganu y dSayai sgandisabahApe syarat u dptkn lesen dbkk di sini u berniaga

puteribongsu said...

Salam sis..maksudnya kalau lesen dbkk xpayah lagi daftar ssm ka? Kalau d labuan pun cmtu?
Pastu kalau utk yg bru mau mula bisnes,blm ada premis tp mau buat lesen dlu,cmna dgn dokumen pjanjian sewa tu?