Readers, please email for inquiries. I rarely respond through comments. Thank you: nadhirah_sainuri@yahoo.co.uk

Friday, June 25, 2010

The Chronology of Datu Nazrin Arif

Dedicated to our beloved son, Datu Nazrin Arif.

13 Oktober 2009, Mummy demam & selsema. Baba bawa Mummy pi Klinik Dr. Mustafa & Mummy disahkan pregnant (^_^) Tarikh ni la Arif dah mula wujud dalam hati kami, dalam perut Mummy. Baba kiss dahi Mummy kat situ jugak...

The 1st day of my last period is on 23rd August 2009 so your estimated due date is on 31st May 2010. Kami dah mula tertanya-tanya apa jantina baby yang bakal lahir ni. Tapi boy or girl bukan masalahnya. Yang penting, baby yang bakal lahir, sempurna & sihat.


Sepanjang proses mengandung, Mummy selalu baca & bagi Arif dengar (melalui headphone) Surah Yusuf & Maryam supaya mudah bersalin & supaya anak Mummy lebih hensem dari Baba. Hehehe... Dalam bulan ke-5, Dr. Mustafa bagitau, baby dalam kandungan Mummy ialah anak lelaki. Kami pun mula pilih nama untuk Arif.

Tu Arif!
Ni masa Mummy kat Sabah Medical Centre (SMC) KK. Dr. Helen scan Arif kat dalam perut.
Date: 22nd May 2010 (9 hari sebelum due date)

Pada 7 Jun 2010, Arif belum nak lahir lagi. Masa ni Mummy dah 7 hari overdue. Kami pergi ke SMC & Dr. Helen buat keputusan untuk induce labor keesokan harinya pukul 8 pagi. Baba minta tunda lagi 2 hari tapi Dr. Helen tak benarkan. Katanya, risau baby lemas dalam perut. Mummy nangis sebab kecewa akan di operate andaikata induce nanti tak berjaya. Kami buat keputusan untuk berpindah ke Damai Specialist Hospital selepas perbincangan di antara Nenek Kingfisher & Nenek Ketiau bersama Dr. Helen pada 8 Jun 2010 berakhir dengan kekecewaan.

Di Damai Specialist, Dr. Lim bagi tempoh 2 hari seperti yang kami minta untuk Arif keluar secara normal selepas memastikan keadaan Arif baik melalui scan & CTG. Macam-macam petua Mummy ikut. Dari baca Qur'an, solat hajat, berurut, minum & sapu air zam-zam, minum & sapu air rendaman genggam fatimah, minum air zam-zam rendaman zikir, minum air selusuh, makan telur ayam kampung mentah sampai termuntah depan Baba & banyak berjalan supaya kepala Arif 'engaged'.

9 Jun 2010
Baba bawa Mummy pegi taman untuk jalan-jalan ambil fresh air

10 Jun 2010, Arif masih belum tunjuk tanda-tanda nak lahir secara normal. Maka, proses induce labor pun bermula. Mummy kena admit kat Damai Specialist Hospital jam 8.30 pagi. Campuran Pitocin dimasukkan ke dalam saluran darah supaya berlaku contraction. Bermula dari 5ml/hour sehinggalah 15ml/hour. Contraction mula berlaku pada jam 3 pagi tapi Mummy langsung tak rasa sakit & rahim langsung tak buka.

10 Jun 2010
Proses induce labor dijalankan.
Arif tak berhenti-henti tendang perut Mummy.

Tepat pukul 9.50 pagi, selepas 25 jam proses induce telah berlaku, Dr. Lim suruh bawa ke Operation Theater takut Arif tak boleh tahan dengan Pitocin yang dimasukkan. Air mata Mummy tak berhenti-henti keluar. Takut. Sedih. Mummy pandang & genggam tangan Baba, nenek & atuk puas-puas. Takut itulah kali terakhir Mummy akan jumpa dorang. Mummy tau, dorang pun menangis sama...

11 Jun 2010, pukul 10 pagi, Mummy berada di Operation Theater sendiri bersama-sama dengan nurses, pakar bius & Dr. Lim. Baba tak dibenarkan masuk. Cuma dapat tengok dari tingkap ja. The only thing that I hoped at that time was to hold your Baba's hand. Disebabkan hajat tu tak kesampaian, badan Mummy menggeletar sampailah ditenangkan & dipegang oleh dua orang pembantu perempuan yang ada kat situ. Epidural disuntik di sekitar tulang belakang & Mummy mula terasa kebas di bahagian pinggang sehinggalah hujung jari kaki.

10.38 pagi, lahirlah putera pertama Baba & Mummy bernama Datu Nazrin Arif. Dr. Lim angkat Arif dan tunjuk pada Mummy sambil berkata: "Look, it's a boy!" Mummy tak dapat bergerak. Mummy cuma dapat senyum & bersyukur sebab Arif lahir dalam keadaan sempurna. Baba pula muntah di sebalik tingkap kecil tu...


video
Mula-mula proses pembedahan berlangsung

video
Arif ditarik keluar oleh Dr. Lim


Arif sangat wangi masa ni walaupun darah & lendir yang melekat hanya dibersihkan menggunakan tuala.

Berat Arif 3.45 kg.

Kuku Arif yang panjang membuktikan yang Arif memang overdue selama 10/11 hari.


Disebabkan Mummy tak berdaya nak menyusukan Arif selama 2 hari selepas operation, Arif dah terbiasa minum susu botol. Mummy terpaksa pam susu badan untuk bagi Arif minum. Tapi apa pun, Baba & Mummy sentiasa berharap & berdoa agar Arif jadi anak yang baik, soleh & bijak sepanjang kehidupan Arif di dunia. Moga mendapat keberkatan & keredhaan Allah. Ameeenn~

p/s: kalau Baba & Mummy meninggal nanti, doakan kami setiap hari k. Janji?


With lots of LOVE:

Baba (Datu Mohd Nazaruddin 13 bin Datuk Datu Tigabelas)
&
Mummy (Nadhirah binti Haji Sainuri)


13 comments:

Aida The Pink Goddess said...

what a priceless experience! only the lucky ones yang dpt get thru! congrats akak!

Nadhirah said...

u will soon. nak tgk baby aida. mesti comel gila2.

cik selamah kundang said...

tahniah.n congrats.comel arif

PurPLe LaDy AiFA said...

best nya entry ni.. terharu baca... insya allah, arif akan jd ank yg sprti kak nadh harapkan.. aminnn

Nadhirah said...

thanks korang!
Aifa, time tulis entry ni pun akak masih nangis. Xsangka org baca pun terharu. Apa2 pun, slamat menempuh alam rumahtangga. Xyahla plan dpt baby cepat2. Lepas setahun kawen baru pregnant ya. Hehe.

Jihan said...

wahh..berlinangan air mata para ibu kalo baca entri akak ni. Jihan pun cepat btul kuar air mata lately ni..lagi2 la bila tgk baby kuar dr perut ;) x lama lagi turn jihan. takut jugak kalo2 kena csect..Nauzubillah..doc br ckp skit hr tu pun, jihan nangis2 balik rumah..^_^

oya, betul ckp kak nad tu bah.."Xyahla plan dpt baby cepat2. Lepas setahun kawen baru pregnant ya." hihihi..:)

::DhuHA- The Next Syahidah:: said...

wow.. may be ur dun recognised me. i am nisaa's best fren. farhana..

I am very touching with this entry. Very real and very precious moment that being documented in this blog..

double thumbs up!

Nadhirah said...

Jihan pun setuju ya. hehe. baby lahir nnt pun jiwa masih sensitif lagi jihan.

Dhuha: terima kasih!

Nurul Insyirah said...

terharunya baca post kkak ni fuh~
pngorbanan seorg ibu itu..
baby arif msti jd budak yg dgr ckp mummy n babanya :))

nenek ketiau said...

wah nenek pun terharu sungguh. Nenek pun pagi tu sempat lagi ke mesjid bandaraya buat solat hajat untuk mummy and arif. Ada la pulak orang nikah kat mesjid. Ramai orang. Jadi nenek yang mata merah2 malu pulak nak turun... sebab kena sembahyang kat tingkat atas! Nenek yakin Arif akan menjadi seorang yang bijak, berakhlak mulia dan beramal soleh. Kami akan sentiasa mendoakan kebaikan untuk cucunda Nazrin Arif.

Admin said...

Tskk
haha
canggih betul zaman skg ni. semua benda boleh di dokumentasi kan

Nadhirah said...

mak & amad: =)

bob marley said...

ini smua konspirasi haha