Readers, please email for inquiries. I rarely respond through comments. Thank you: nadhirah_sainuri@yahoo.co.uk

Sunday, June 20, 2010

Perkongsian 1

Kebahagiaan dalam perkahwinan terletak pada keinginan untuk memberi. Bukan untuk menerima.

Saya terkilan pabila melihat, mendengar & menyaksikan seorang suami memarahi isterinya dengan kata-kata:
"Itulah kamu, tak pandai jaga anak!"
apabila anaknya tadi terjatuh dari kerusi yang cuba dipanjatnya.

Walhal si isteri tadi sedang sibuk menyediakan makanan si suami yang baru pulang kerja. YES you are tired! Please consider your wife as well. Dia bukan tengok tv goyang kaki. She's preparing for your meal, for God sake! Peganglah anak-anak tu sekejap sementara dia di dapur. Ini tak, dahlah anak tu tak ditengok, dituduh lagi isteri tak pandai jaga anak. HellooOooo~

Dia dah SUSAH PAYAH lahirkan zuriat yang kamu MAHUKAN sangat tu. Kamu takkan mampu mengatasi kesakitan yang dia rasa. Maka, janganlah kamu tambah kepedihan di hatinya. Please mind your words & ingatlah, anak-anak mungkin tidak akan mendengar semua kata-kata anda TETAPI anak-anak akan mudah meniru tingkah laku & perbuatan anda. Kalau nak rasa kena tengking oleh anak-anak, silakanlah...

Ada yang menyesali perkahwinan apabila komitmen mula menekan. Mula-mula kahwin memanglah semuanya sedap. DAN IA AKAN KEKAL SEDAP kalau korang amalkan konsep ingin memberi. Makin banyak kita beri, makin banyak pahala kita dapat. TAPI... yelah, kita kan manusia. Kalau asyik kita yang beri, memanglah tak best... Kena dua2 memberi barulah SEDAP SAMPAI MATI. Kena pandai bawa berbincang dengan pasangan.

Tolong elak tinggikan suara lebih-lebih lagi seorang suami pada isteri. Emosi isteri ni kuat. Maunya dia merajuk, padan muka!

No comments: