Readers, please email for inquiries. I rarely respond through comments. Thank you: nadhirah_sainuri@yahoo.co.uk

Sunday, August 22, 2010

Jika masih ada sayang

Sewaktu bujangnya, disuruh WAJIB mentaati ibu bapa. Kalau tak dengar kata, berdosa. Bila dah nikah, WAJIB pula taat pada suaminya. Kalau tak ikut suruhan, berdosa. Bila masanya perempuan dapat buat keputusan sendiri tanpa perlu minta IZIN?

Bukan hendak menyalahkan. Itu semua ketentuan ALLah kepada wanita. Kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. TETAPI, kaum hawa ni bukan robot yang tidak ada perasaan. Bukan robot yang akan ikut segala arahan. Hanya kerana wanita sebagai manusia yang mempunyai kehendak dan keinginan sendiri, maka kadangkala mereka akan membantah kata ibu bapa atau suami. Dengan tidak semena-mena, mereka berdosa apabila ibu bapa atau suami tadi tidak redha dengan tindakan mereka walhal apa yang mereka buat itu tidak melanggar perintah ALLah. Mereka berdosa hanya kerana tidak mendapat restu dari dua kalangan manusia tadi.

Jadi, bagaimana hendak menyelesaikan permasalahan ini?
Haruslah berilmu!

Dalam satu ceramah agama yang saya dengar, ada satu kisah tauladan. Saya tak ingat nama Imam yang disebutkan. Mungkin Imam Ghazali. MUNGKIN. Saya tak ingat sebab dah bertahun-tahun dah cerita ni. Kisahnya begini:

Selepas si Imam tamat memberi pelajaran kepada para pelajarnya, dia mengarahkan salah seorang pelajarnya untuk mendapatkan air untuk diminum. Wujudlah perbualan seperti berikut:
Pelajar: mengapa tuan meminta saya yang mengambil air ini sedangkan anak tuan duduk lebih dekat dengan air ini?
Imam: saya tidak mahu anak saya berdosa. Dia sedang khusyuk melihat hiburan di jendela (ketika itu mungkin ada pemuzik jalanan). Saya tidak mahu mengganggunya kerana saya tahu dia akan menolak arahan saya. Jika kamu (pelajar tadi) yang menolak, kamu tidak berdosa sedang anak saya akan berdosa.

BIJAK tak? Itulah gunanya ilmu & di sana nampaklah kasih sayang seorang ayah kepada anaknya. Dia tidak mahu anaknya berdosa maka dia menggunakan alternatif lain bagi mencapai tujuan & kehendaknya. Maka, selaku ibu bapa & suami yang diberi keistimewaan untuk mengarah anak & isteri, tolong ambil kira kehendak mereka & cari jalan terbaik agar orang-orang kesayangan anda tidak menanggung dosa yang banyak di kemudian hari.

Renung-renungkan & fikir-fikirkan.

6 comments:

Aida The Pink Goddess said...

well said

abu ubaidah said...

yup true,thats how husband should behave,knowledge is power,but being a woman in islam seems to be very difficult in general perspective,but the reward is very much worth obeying if only u hv faith in u ..

abu ubaidah said...

kdg2 ada yg nmpk berilmu sehingga dihormati org sekeliling ,tapi hakikatnya tidak buat keluarga sndr,segalanya bermula dr rumah,dan sama2 kita muhasabah diri menjd lelaki lebih berilmu...

Nadhirah said...

nice!

Anonymous said...

Sorry nak mencela...so klu seorang suami yang mahu bersama isteri nya sedangkan pada masa tu si isteri uzur dan tidak dapat melayan kehendak suami, so sebagai suami yang menyayangi isteri dan tidak mahu isteri berdosa dan dilaknat oleh Rasulullah, Malaikat dan Allah SWT so tindakan yang bijak bagi seorang suami untuk beristeri lagi macam mana la tu...adakah itu pilihan yang bijak? renung2kan yaa...

Nadhirah said...

kalau si suami dah tak tahan, berpuasa pun dah tak sanggup, si isteri pulak asyik sakit terlantar, tak salah kalau nak kawen lagi satu.

saya tak pernah menghalang poligami asal sesuai dengan situasi & kemampuan.