Readers, please email for inquiries. I rarely respond through comments. Thank you: nadhirah_sainuri@yahoo.co.uk

Tuesday, August 10, 2010

Umpama Istana tak Berpenghuni

2009- Sambut Ramadhan dengan suami
2010- Sambut Ramadhan dengan Baby Arif
2011- Sambut Ramadhan dengan Baby xxx hahaha

Setiap tahun, banyak perubahan. Tapi saya tetap rindu pada suasana Ramadhan pembawaan SANANAS' Family especially bila semua adik beradik ada kat umah. Kalau tak Tarawih sama2 di umah, kami p masjid. Biasanya kalau solat kat umah, abah & mak akan buat 20 rakaat. Yang muda mudi berjiwa muda akan buat 8. Hehe. Pastu, berkumpul untuk Tadarus Qur'an. Setiap sorang akan baca selembar berganti2 sampaila habis satu juz.

Cheezelz jadi santapan.
Kalau hari Khamis, takungan air kat tengah2.

Untuk buat suasana happening bila tadarus, setiap kami akan mewakili 'negara' masing2. Contoh: mak wakil Afganistan. Iffah wakil Afrika. Kenala bawa intonasi yang betul. Ceh! Pak Abu akan menceriakan suasana dengan ejekan2 dia. Mak pulak akan buat rutin harian iaitu memancing. Banyak jugak ikan mak dapat. Wakakaka~ Amad paling best. Asal solat ja mesti nak toOooot~ haha

Lepas habis Tadarus, sambung makan
Makan~ makan~ cerita~ cerita~ tidur~ sahur~ buka puasa~ Tarawih~ Tadarus~ makan~ makan~

Haih... terbentuk dalam perut mak, dibesarkan oleh tangan mak, dididik oleh mak, dari sekolah sampaila nak kawen, SEMUA MAK! bila dah tak duduk dengan mak, missing betul hati ni. Umpama istana tak berpenghuni... Sebesar ruang istana tak berguna kalau kosong. Tak lengkap hidup kalau takda mak menyebok sekali. Hehe. So, sempena Ramadhan ni, saya nak minta maaf dengan semua orang yang membaca. Selamat Berpuasa & buatlah ibadah sebanyaknya!!

3 comments:

abu ubaidah said...

woi,hahaha,
mana si amat cni?sapa yg amik pic tu?

Nadhirah said...

ntah. akak pun hairan napa amad takda. akakla yg amek

Anonymous said...

Kami kehilangan wakil dari nigeria ni.. Hehehe..