Readers, please email for inquiries. I rarely respond through comments. Thank you: nadhirah_sainuri@yahoo.co.uk

Sunday, October 24, 2010

Tips Kelihatan Seperti Anak Dara Sepanjang Masa

Sepanjang pemerhatian korang, mesti pernah nampak sorang makcik yang berseri-seri wajah dia kan? Bila dibandingkan dengan orang seusia dia, dia nampak muda. Mungkin dia amalkan tips kat bawah ni. Tips ni saya ambil dari Jihan. Jom kita sama-sama amalkan. InsyaALLAH.

Lepas solat Isya', ambil air segelas. Bacakan Surah Al-Fatihah (1kali), Ayat Qursi (1kali) & Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 (7kali). Kemudian, tiupkan ke dalam air tadi. Minum dengan niat untuk kecantikan diri kita demi kebahagiaan rumahtangga yang dibina ATAU akan dibina.

Makna Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38: "Sesungguhnya kami telah ciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.