Readers, please email for inquiries. I rarely respond through comments. Thank you: nadhirah_sainuri@yahoo.co.uk

Tuesday, December 28, 2010

Persediaan Menyambut Anak Pertama

Ini mengikut pengalaman saya sendiri yang dah melahirkan anak pertama. Memandangkan ini pengalaman sendiri, persediaan ni tertakluk kepada seorang anak. Lelaki. Melahirkan secara pembedahan di hospital swasta.

1) Katil / tilam bayi beserta set bantal.
2) Almari pakaian & peralatan bayi
3) Susu & botol susu. Andaikata susu badan kita belum keluar. Saya syorkan botol susu Tommee Tippee kalau korang nak breast feed & bottle feed bersilih ganti sebab puting botol Tommee Tippee menyerupai puting ibu. Bayi mudah adjust mulut.
4) Breast pad. Susu ibu akan keluar dengan banyak pada awal kelahiran
5) Breast milk pump. Memandangkan susu ibu banyak pada awal kelahiran, kita kena pam keluar susu tu supaya breast kita tak sakit. Kalau sakit, tuam dengan air panas.
6) Flask air panas ataupun boiler.
7) Pakaian. Seluar, baju, stoking, topi.
8) Lampin bersaiz new born. Mamy Poko ada lampin khas untuk bayi yg belum jatuh tali pusat.
9) Towel. Sediakan dalam 6 helai
10) Selimut yang ada topi. Sediakan dalam 2 helai.
11) Bath tub untuk baby mandi

12) Peralatan bayi:
* Cotton bud. Pilih yang bucu dia kecil.
* Pemotong kuku
* Sikat rambut
* Syampu, sabun mandi, losyen badan, losyen lampin. Saya syorkan brand SebaMed.
* Minyak kayu putih (sapu di perut, ubun2 & tapak kaki). Saya syorkan Kangaroo Brand.
* Minyak Po Sum On (sapu di ari2)
* Baby balsam. Vicks ataupun Gummy Bear.
* Baby cologne. (optional. tak payah pun takpe)
* Wet tissue & dry tissue
* Kapas
* Nasal aspirator (untuk sedut hingus sebab baby tak pandai bernafas guna mulut kalau idung dia tersumbat)
* Barut. (untuk 2/3 bulan pertama bagi mengelakkan masuk angin)
* Syringe. (Untuk memudahkan bayi minum air sekiranya dia menyusu botol.)

Untuk menyambut bayi yang baru lahir:
* Kurma
* Air zamzam.
Biar makanan di atas jadi makanan pertama dorang. Tahkik.

Stroller boleh dibeli kalau bayi anda berat & anda perlu untuk berjalan jauh.

1 comment:

raihanmahpot said...

thanks for this entry. i'm getting my 1st baby in another 4months, inshaallah..so, this will be a great help for me. thanks sis! :)