Readers, please email for inquiries. I rarely respond through comments. Thank you: nadhirah_sainuri@yahoo.co.uk

Thursday, February 25, 2010

Kenyataan Nalla :: Tidak Masuk Akal

Dalam surat khabar Utusan Malaysia, Khamis, 25 Feb 2010, Datuk S. Nallakaruppan telah membuat kenyataan bahawa Datuk Seri Dr. Wan Azizah (DSWA), Presiden Parti KeAdilan Rakyat (PKR) selayaknya diberi anugerah 'Pelakon Wanita Terbaik 2010' atas kehebatan lakonannya ketika berhadapan dengan rakyat. Sehinggakan Nalla sanggup mencadangakan penganugerahan itu kepada Menteri Penerangan, Komunikasi & Penerangan, Datu Seri Dr. Rais Yatim untuk dipertimbangkan.

Apakah???

Bagi yang tak tahu, Nalla kata macamni:
1) DSWA sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga kerjaya suaminya
2) DSWA sanggup berpura-pura di hadapan rakyat untuk kepentingan suaminya
3) DSWA mampu meraih 'Anugerah Academy' di Hollywood

Mengapa kenyataan ini perlu dibuat? Sehingga masuk muka depan akhbar. Walaupun sudah menganggap dirinya sebagai Bekas Sahabat Baik DSAI, bagi seorang yang masih beragama & berakhlak, tak perlulah nak memburukkan bekas sahabat sendiri sehingga melibatkan keluarga. Hanya kerana DSAI mewakili pihak pembangkang dalam politik negara, tidak bermakna dia bebas dikutuk, dicerca, difitnah, dihina, dipukul. Berpada-padalah...

blogger-emoticon.blogspot.com

Perlu diingat, seorang isteri yang setia, selagi mana dia mengenal suaminya & menyayangi suaminya sepenuh hati, selagi mana dia tahu suaminya berada di pihak yang benar, dia pasti akan melakukan apa sahaja bagi membersihkan nama & membela suaminya. SAYA JUGA AKAN MELAKUKAN BENDA YANG SAMA dan saya percaya mak, mama mertua & kakak ipar saya akan melakukan benda yang sama jika suami kami terlibat dalam permasalahan seperti ini.

I Love my husband

Mengimbas kembali pemecatan DSAI pada tahun 1998, banyak pertuduhan dilemparkan ke atasnya sekaligus membabitkan KESELURUHAN ahli keluarganya. Jauh di sudut hati saya, percaya dia tidak melakukannya & hasilnya apa? Dia akhirnya bebas daripada semua pertuduhan tersebut. Maha suci ALLah. Bayangkan apa yang telah dilalui DSWA ketika itu? Membesarkan anak-anak tanpa suami, terpaksa berhadapan dengan pelbagai spekulasi, terpaksa berhadapan dengan karenah rakyat. Kita nak membesarkan anak-anak pun payah, inikan pula seluruh Malaysia perlu dilayan.

Anda rasa anda cukup kuat untuk menghadapi itu semua?
Anda rasa anda superior dengan menjadi seorang lelaki?

Hentikanlah mengutuk peribadi seseorang. Buka kitab keagamaan dan kaji semula semua tindakan anda. Selaku seorang isteri dan seorang wanita, sekali lagi saya menegaskan, saya juga sanggup berbuat apa sahaja demi suami saya selagi saya tahu dia berada di pihak yang benar! Tak tahulah pula isteri anda bagaimana.

Monday, February 22, 2010

Wajarkah wanita kuasai sektor awam?

Bila tiba bab wanita dalam isu semasa, sensitiviti saya sentiasa tercabar.

Berita harini mengemukakan kebimbangan CUEPACS terhadap ramainya wanita yang menguasai sektor awam terutama sekali sebagai pembuat keputusan. Ia akan memberi impak jangka panjang. Menurut setiausaha agungnya, masalah yang akan timbul antaranya adalah seperti:

1) Wanita akan mengambil cuti panjang berbulan-bulan selepas bersalin yang mana akan menyebabkan sebarang keputusan penting akan tertangguh.

2) Pengetua atau guru besar wanita mempunyai sikap kasih sayang yang tinggi menyebabkan susah menangani kes budak lelaki yang nakal.

Cara pengambilan pekerja sekarang yang menggunakan sistem merit berkomputer hanya mementingkan keputusan peperiksaan semata-mata yang menyebabkan calon lelaki telah tersingkir dari peringkat awal lagi. (Tu la... mak suruh belajar, main PS2, PS3, PSP, online game pulak kat hostel). Hasilnya, ramai calon wanita dalam temuduga yang berjaya menjawat jawatan sebagai pegawai.

Baik, pendapat saya pula bagaimana?
Menyokong kebimbangan tersebut atau menentang?

Pertama sekali, saya sebenarnya ketawa kecil bila baca perkataan: "pertimbangan wanita dalam membuat keputusan." Sebagai seorang lelaki, setiausaha tu sebenarnya referring to monthly period tapi tak berani nak buat statement macamtu takut peristiwa bung-mokhtar-ditegur-shahrizat berulang. Takpa, abaikan. Secara peribadi, saya menyokong kebimbangan ini. Saya menulis dengan mengambil kira kemampuan saya sebagai seorang wanita.

1) Apabila senggugut menyerang, wanita akan berada dalam keadaan sakit & tidak selesa. Bagi mereka yang tidak mempunyai senggugut, datang haid sahaja sudah cukup merimaskan. Apa terjadi bila kita buat kerja dalam keadaan tersebut? Saya percaya, sedaya upaya kita cuba untuk kawal perasaan apabila berdepan dengan sesuatu masalah. Rembesan hormon yang berlebihan daripada biasa sebenarnya membezakan kita dengan lelaki dalam membuat keputusan. Kita akan cepat melenting, marah & merengus.

2) Menopause. Perimenopause bermula seawal 40-an. Ini lumrah. Hormon estrogen kurang dirembeskan menyebabkan emosi wanita sedikit terganggu, sukar tidur malam, berpeluh pada waktu malam, timbulnya kemerahan pada kulit & banyak lagi perkara-perkara yang menyebabkan wanita ini rasa rendah diri & mula membuat sesuatu yang 'tidak patut'. Contoh: Apabila pekerjanya membuat sedikit kesilapan, diceritakan kepada semua staf. Atau didenda datang kerja hari sabtu & ahad tanpa mengambil kira keluarga pekerja tersebut. Atau berdendam terus sehingga ke akhirnya. Believe me it happened.

3) Mengandung. Pada 4 bulan pertama, wanita akan mengalami ketidakselesaan yang amat. Muntah-muntah, lemah badan & kurang selera makan. Just imagine making a big decision during this kinda time. Selepas bersalin pula, ada cuti selama dua bulan. Agak payah di situ.

4) Anak-anak. Berhadapan dengan anak-anak yang sedang membesar merupakan satu bebanan bagi wanita bekerjaya. Andaikan anak itu sakit, majoriti daripada kita akan menyuruh si isteri yang mengambil cuti sementara si suami teruskan bekerja. Ini realiti.

Bukan saya menghalang wanita untuk mengejar cita-cita. Teruskan usaha anda. In fact, saya sendiri pun akan berbuat benda yang sama. Cuma, inilah kekangan yang kita alami. Bagi yang berjaya mengharunginya, tahniah. Tapi bagi saya, bekerja di bawah bos lelaki lebih best sebab tak cerewet, bagi ruang untuk membuat kesilapan bagi sesuatu yang baru, tak menarik muka masam & lebih bertimbangrasa pabila memberi arahan untuk bekerja lebih masa.

Apa pendapat korang?

Thursday, February 18, 2010

PUKONSA (Part II)

blogger-emoticon.blogspot.com
Happy! Happy!
~ALhamduLiLLah~


Ok, kita teruskan ke proses memohon Lesen PUKONSA.


PENDAFTARAN SEBAGAI KONTRAKTOR BEKALAN & PERKHIDMATAN

1) Beli borang kuning RM2 + buku panduan RM3 kat kaunter no.2
2) Isikan borang yg korang beli tu selengkap2nya.
3) Sediakan semua items yang saya taip kat bawah ni:

~ Salinan sijil kelahiran pemohon/ pekongsi

~ Salinan kad pengenalan pemohon/ pekongsi

~ Salinan lesen berniaga yang masih sah tempoh pendaftaran & SELARAS dengan bidang yang dipohon. Contohnya; Kalau korang nak apply katering dalam PUKONSA tapi dalam lesen DBKK korang hanya ada membekal bahan makanan mentah, korang kena pegi DBKK untuk tambah bidang. Nak tambah bidang kat DBKK akan ambil masa 4 hari dan dicaj RM7.

~ Salinan penyata bank bagi tiga bulan terakhir. Kalau korang baru je setup company tak sampai pun seminggu, takyahlah tunggu 3 bulan. Korang boleh masukkan duit directly dan terus minta penyata bank. Untuk syarikat individu/ perkongsian, required amount RM5000. Untuk sdn. bhd., RM10,000. TETAPI, kalau korang merupakan pembekal mesin-mesin pejabat dengan perkakas elektrik, mesti ada RM10,000 dalam akaun. Kalau pembekal bahan binaan pulak, mesti ada RM30,000 dalam akaun. So, bersiap sedialah dengan ongkos nya ya.

~ Salinan Sijil, Diploma, Ijazah atau kemahiran yang dimiliki pemohon/ pekongsi.

~ Pelan lokasi syarikat

~ Surat perjanjian sewa pejabat jika disewa

~ Surat perlantikan daripada syarikat yang kukuh dalam perniagaan kepada pemohon sebagai peruncit/ pengedar/ pengilang atau agen untuk bidang yang dipohon. Make sure surat tu menggunakan letter head dan cop syarikat orang yang korang dah pilih tu. Surat tu mesti dialamatkan kepada PUKONSA. Kalau korang mohon untuk daftarkan 4 bidang dalam lesen PUKONSA, mesti ada 4 surat lantikan. Contoh surat macam kat bawah ni. Ini untuk membekalkan barangan elektrik. Kalau nak bekalkan alat tulis, pandai-pandaila korang cari syarikat stationary yang baik hati untuk sign surat korang.

~ Kalau korang dah kahwin & bercadang untuk membuat perniagaan secara perkongsian dengan pasangan anda, sediakan salinan sijil nikah & buat satu surat perjanjian perkongsian yang menyatakan peratus ekuiti. Make sure surat tu didaftar & disaksikan oleh majistret atau pesuruhjaya sumpah dan disetemkan. Kat Wisma Muis ada pesuruhjaya sumpah. Kalau ada dua pekongsi, akan ada 3 cop. Setiap cop RM10. So, semuanya RM30. Pastu dapatkan setem hasil di Pejabat LHDN located berdekatan dengan karamunsing. Bayarannya RM10. Fotostat surat tu sebab PUKONSA akan ambil yang original.

4) Di belakang Borang Permohonan tu akan ada satu ruangan khusus untuk diisi oleh bank di mana current account syarikat anda telah dibuka. Bawa Borang Permohonan ke bank tersebut untuk dorang buat pengesahan siapa yang berhak tandatangan cek bagi syarikat korang.

5) Setiap borang akan dikenakan RM50 yuran pemprosesan yang dibayar kepada PUKONSA. Kalau korang hantar borang permohonan tu pagi, korang boleh bayar cash. Kalau korang hantar petang, korang kena guna wang pos. Beli kat pejabat pos. Korang akan dikenakan caj RM0.60 untuk setiap keping wang pos RM50. Wang pos tu hendaklah dinamakan kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah.

6) Untuk pembekalan, yuran pendaftaran lesen PUKONSA adalah sebanyak RM500. Untuk kontraktor kerja, RM150. Tapi duit ni korang tak bayar masa hantar borang. Korang bayar bila Kementerian Kewangan dah luluskan permohonan korang tadi tu. Dorang akan meluluskan lepas pastikan semua borang lengkap & selepas bermesyuarat. Dorang mesyuarat bukan hari-hari. Sebulan mungkin sekali. So, pastikan korang hantar borang awal untuk kelulusan awal. Dorang ada had permohonan setiap meeting. Kalau nak tahu, kenala tanya kaunter kat sana.

Erm... apa lagi ya?
Kalau ada apa-apa kemusykilan, tanya jela.

Untuk kontraktor kerja, sama je prosedur cuma kena beli borang biru RM2 + buku panduan RM3. Yang membezakan keduanya ialah, untuk kontraktor kerja, kena mohon Lesen CIDB sebelum mohon PUKONSA. CIDB ni senang je. Ikut kursus 2 hari pastu bayar RM400. Dalam buku panduan kontraktor kerja, ada BANYAK bidang yang boleh dipilih. Dalam column IV, iaitu perkara yang melibatkan landskap, tanaman, pokok & sewaktu dengannya, tak perlu CIDB. Selain daripada column IV, semuanya perlukan CIDB.

Okies.
Semoga berjaya!

Wednesday, February 17, 2010

Apa itu PUKONSA?

Atau nama panjangnya:
Pusat Pendaftaran Kontraktor-kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Negeri Sabah

Apa perlunya PUKONSA?
Untuk masuk ke dalam tender Kerajaan Negeri Sabah, kena ada Lesen PUKONSA. Pekeliling ini dikeluarkan pada awal Januari 2010. Semua kontraktor, pembekal & pemberi perkhidmatan WAJIB ada Lesen ini.

Cemana nak dapatkan Lesen ni?
Lesen PUKONSA terbahagi kepada dua:
1) Lesen sebagai Kontraktor Bekalan & Perkhidmatan
2) Lesen sebagai Kontraktor Kerja

Untuk dapatkan Lesen sebagai Kontraktor Bekalan & Perkhidmatan,
kena beli borang warna kuning harga RM2
Untuk dapatkan Lesen sebagai Kontraktor Kerja,
kena beli borang warna biru harga RM2
+
Buku Kod Panduan RM3

Kat mana nak beli borang-borang ni?
Boleh beli kat:
Kementerian Kewangan
Tingkat 4, Blok A,
KM. 2.4, Jalan Tuaran,
Wisma Tun Fuad Stephens, Karamunsing,
88003 Kota Kinabalu.

Korang boleh tanya soalan selanjutnya pada staf mereka:
088-232491/232492


blogger-emoticon.blogspot.com
Disebabkan I tengah bz skrgni, proses untuk memperolehi lesen ni (which are more complicated) akan saya sambung tulis pada waktu renggang yang bakal tiba. Tapi bagi yang nak mohon Lesen ni, bolehlah beli borangnya terlebih dahulu.