Readers, please email for inquiries. I rarely respond through comments. Thank you: nadhirah_sainuri@yahoo.co.uk

Friday, June 25, 2010

The Chronology of Datu Nazrin Arif

Dedicated to our beloved son, Datu Nazrin Arif.

13 Oktober 2009, Mummy demam & selsema. Baba bawa Mummy pi Klinik Dr. Mustafa & Mummy disahkan pregnant (^_^) Tarikh ni la Arif dah mula wujud dalam hati kami, dalam perut Mummy. Baba kiss dahi Mummy kat situ jugak...

The 1st day of my last period is on 23rd August 2009 so your estimated due date is on 31st May 2010. Kami dah mula tertanya-tanya apa jantina baby yang bakal lahir ni. Tapi boy or girl bukan masalahnya. Yang penting, baby yang bakal lahir, sempurna & sihat.


Sepanjang proses mengandung, Mummy selalu baca & bagi Arif dengar (melalui headphone) Surah Yusuf & Maryam supaya mudah bersalin & supaya anak Mummy lebih hensem dari Baba. Hehehe... Dalam bulan ke-5, Dr. Mustafa bagitau, baby dalam kandungan Mummy ialah anak lelaki. Kami pun mula pilih nama untuk Arif.

Tu Arif!
Ni masa Mummy kat Sabah Medical Centre (SMC) KK. Dr. Helen scan Arif kat dalam perut.
Date: 22nd May 2010 (9 hari sebelum due date)

Pada 7 Jun 2010, Arif belum nak lahir lagi. Masa ni Mummy dah 7 hari overdue. Kami pergi ke SMC & Dr. Helen buat keputusan untuk induce labor keesokan harinya pukul 8 pagi. Baba minta tunda lagi 2 hari tapi Dr. Helen tak benarkan. Katanya, risau baby lemas dalam perut. Mummy nangis sebab kecewa akan di operate andaikata induce nanti tak berjaya. Kami buat keputusan untuk berpindah ke Damai Specialist Hospital selepas perbincangan di antara Nenek Kingfisher & Nenek Ketiau bersama Dr. Helen pada 8 Jun 2010 berakhir dengan kekecewaan.

Di Damai Specialist, Dr. Lim bagi tempoh 2 hari seperti yang kami minta untuk Arif keluar secara normal selepas memastikan keadaan Arif baik melalui scan & CTG. Macam-macam petua Mummy ikut. Dari baca Qur'an, solat hajat, berurut, minum & sapu air zam-zam, minum & sapu air rendaman genggam fatimah, minum air zam-zam rendaman zikir, minum air selusuh, makan telur ayam kampung mentah sampai termuntah depan Baba & banyak berjalan supaya kepala Arif 'engaged'.

9 Jun 2010
Baba bawa Mummy pegi taman untuk jalan-jalan ambil fresh air

10 Jun 2010, Arif masih belum tunjuk tanda-tanda nak lahir secara normal. Maka, proses induce labor pun bermula. Mummy kena admit kat Damai Specialist Hospital jam 8.30 pagi. Campuran Pitocin dimasukkan ke dalam saluran darah supaya berlaku contraction. Bermula dari 5ml/hour sehinggalah 15ml/hour. Contraction mula berlaku pada jam 3 pagi tapi Mummy langsung tak rasa sakit & rahim langsung tak buka.

10 Jun 2010
Proses induce labor dijalankan.
Arif tak berhenti-henti tendang perut Mummy.

Tepat pukul 9.50 pagi, selepas 25 jam proses induce telah berlaku, Dr. Lim suruh bawa ke Operation Theater takut Arif tak boleh tahan dengan Pitocin yang dimasukkan. Air mata Mummy tak berhenti-henti keluar. Takut. Sedih. Mummy pandang & genggam tangan Baba, nenek & atuk puas-puas. Takut itulah kali terakhir Mummy akan jumpa dorang. Mummy tau, dorang pun menangis sama...

11 Jun 2010, pukul 10 pagi, Mummy berada di Operation Theater sendiri bersama-sama dengan nurses, pakar bius & Dr. Lim. Baba tak dibenarkan masuk. Cuma dapat tengok dari tingkap ja. The only thing that I hoped at that time was to hold your Baba's hand. Disebabkan hajat tu tak kesampaian, badan Mummy menggeletar sampailah ditenangkan & dipegang oleh dua orang pembantu perempuan yang ada kat situ. Epidural disuntik di sekitar tulang belakang & Mummy mula terasa kebas di bahagian pinggang sehinggalah hujung jari kaki.

10.38 pagi, lahirlah putera pertama Baba & Mummy bernama Datu Nazrin Arif. Dr. Lim angkat Arif dan tunjuk pada Mummy sambil berkata: "Look, it's a boy!" Mummy tak dapat bergerak. Mummy cuma dapat senyum & bersyukur sebab Arif lahir dalam keadaan sempurna. Baba pula muntah di sebalik tingkap kecil tu...


video
Mula-mula proses pembedahan berlangsung

video
Arif ditarik keluar oleh Dr. Lim


Arif sangat wangi masa ni walaupun darah & lendir yang melekat hanya dibersihkan menggunakan tuala.

Berat Arif 3.45 kg.

Kuku Arif yang panjang membuktikan yang Arif memang overdue selama 10/11 hari.


Disebabkan Mummy tak berdaya nak menyusukan Arif selama 2 hari selepas operation, Arif dah terbiasa minum susu botol. Mummy terpaksa pam susu badan untuk bagi Arif minum. Tapi apa pun, Baba & Mummy sentiasa berharap & berdoa agar Arif jadi anak yang baik, soleh & bijak sepanjang kehidupan Arif di dunia. Moga mendapat keberkatan & keredhaan Allah. Ameeenn~

p/s: kalau Baba & Mummy meninggal nanti, doakan kami setiap hari k. Janji?


With lots of LOVE:

Baba (Datu Mohd Nazaruddin 13 bin Datuk Datu Tigabelas)
&
Mummy (Nadhirah binti Haji Sainuri)


Sunday, June 20, 2010

Perkongsian 2

Dipetik daripada Aida,
Women love to make issues out of smallest details. (It's in the gene)
Men's attention isn't in linear correlation with their love. (He attends you less doesn't mean he loves you less)

Dulu (sebelum faham):

Sedang si suami & isteri dalam perjalanan menuju ke suatu destinasi, tiba-tiba kereta rosak. Bila dah kena tarik & dibawa ke bengkel untuk dibaiki, kereta tadi pun ok. Maka terjadilah perbualan di bawah:

Isteri: *mengeluh* Apalah nasib kita ni... nak pegi jalan-jalan kat beach pun tak dapat. Kereta antik ni pula buat hal. Dahlah ini saja masa yang kita ada. Hmm...

Suami: Bukannya saya sengaja nak bagi kereta ni rosak. Esok-esok boleh pegi lagi. Bila dah mampu nanti, kita tukarlah kereta baru. Saya pun tak suka jugak kereta ni buat hal. Sabarlah sikit.

Isteri: Saya bukannya salahkan awak. Saya cuma kesal tak dapat pegi beach. Tu je.

Suami: Saya tau awak pertikaikan kemampuan saya untuk beli kereta baru.

Maka berlakulah perbalahan yang berlanjutan sehingga ke rumah.

Inilah yang terjadi bila lelaki tak faham perempuan & perempuan tak faham lelaki. Perempuan emosinya 9 & 1 logik. Lelaki 9 logik & 1 emosi. Maka, apabila perempuan BEREMOSI, lelaki suka bagi penyelesaian terhadap topik yang diutarakan oleh perempuan. Walhal, perempuan tadi tidak mahukan penyelesaian. Dia hanya mahu didengari & disetujui.

Kini (selepas faham):

Sedang si suami & isteri dalam perjalanan menuju ke suatu destinasi, tiba-tiba kereta rosak. Bila dah kena tarik & dibawa ke bengkel untuk dibaiki, kereta tadi pun ok. Maka terjadilah perbualan di bawah:

Isteri: *mengeluh* Apalah nasib kita ni... nak pegi jalan-jalan kat beach pun tak dapat. Kereta antik ni pula buat hal. Dahlah ini saja masa yang kita ada. Hmm...

Suami: Ya.. hampehkan kereta ni.

Isteri: Hahaha memang hampeh (manja-manja dah nada dia)

Nampak tak? Tak payah susah-susah pun. Support je statement isteri anda. Pendek & ringkas. Dengar, pastu komen dalam bentuk emosi. Kepada suami terchenta, terima kasih kerana cuba untuk memahami emosi isterimu yang kekadang kurang stabil. Happy Father's Day! buat pertama kalinya pada 20/6/2010 bersempena dengan usia 9 hari anak kita.

Datu Nazrin Arif bin Datu Mohd Nazaruddin

Perkongsian 1

Kebahagiaan dalam perkahwinan terletak pada keinginan untuk memberi. Bukan untuk menerima.

Saya terkilan pabila melihat, mendengar & menyaksikan seorang suami memarahi isterinya dengan kata-kata:
"Itulah kamu, tak pandai jaga anak!"
apabila anaknya tadi terjatuh dari kerusi yang cuba dipanjatnya.

Walhal si isteri tadi sedang sibuk menyediakan makanan si suami yang baru pulang kerja. YES you are tired! Please consider your wife as well. Dia bukan tengok tv goyang kaki. She's preparing for your meal, for God sake! Peganglah anak-anak tu sekejap sementara dia di dapur. Ini tak, dahlah anak tu tak ditengok, dituduh lagi isteri tak pandai jaga anak. HellooOooo~

Dia dah SUSAH PAYAH lahirkan zuriat yang kamu MAHUKAN sangat tu. Kamu takkan mampu mengatasi kesakitan yang dia rasa. Maka, janganlah kamu tambah kepedihan di hatinya. Please mind your words & ingatlah, anak-anak mungkin tidak akan mendengar semua kata-kata anda TETAPI anak-anak akan mudah meniru tingkah laku & perbuatan anda. Kalau nak rasa kena tengking oleh anak-anak, silakanlah...

Ada yang menyesali perkahwinan apabila komitmen mula menekan. Mula-mula kahwin memanglah semuanya sedap. DAN IA AKAN KEKAL SEDAP kalau korang amalkan konsep ingin memberi. Makin banyak kita beri, makin banyak pahala kita dapat. TAPI... yelah, kita kan manusia. Kalau asyik kita yang beri, memanglah tak best... Kena dua2 memberi barulah SEDAP SAMPAI MATI. Kena pandai bawa berbincang dengan pasangan.

Tolong elak tinggikan suara lebih-lebih lagi seorang suami pada isteri. Emosi isteri ni kuat. Maunya dia merajuk, padan muka!

Thursday, June 17, 2010

How I wish I have an Appoinment

blogger-emoticon.blogspot.comAn appointment with the doctor means FREEDOM for mothers in confinement.

Sunday, June 6, 2010

R.I.N.D.U


Bila rindu.. terkenangmu sayang..
Terasa sayu.. Syahdunya jiwaku..