Readers, please email for inquiries. I rarely respond through comments. Thank you: nadhirah_sainuri@yahoo.co.uk

Tuesday, December 28, 2010

Barang Yang Perlu Dibawa ke Hospital Untuk Bersalin

Sebulan sebelum bersalin, sediakan satu beg berisi:
1) Lampu suluh (takut teberanak tengah malam)
2) Duit RM100 in case of emergency
3) Minyak angin
4) Air mineral (untuk minum dlm perjalanan supaya tenang)
5) Tuala besar
6) Sapu tangan
7) Stoking
8) Kain batik
9) Selendang (untuk tutup breast masa susukan anak)
10) Sweater
11) Baju spare
12) Tudung ekin (main sarung je)
13) Disposable panty (dalam 6 helai)
14) Maternity pad. (Kat hospital dorang sediakan jugak)
15) Flask air panas.
16) Peralatan bayi seperti di sini (sila klik)
17) Selipar jepun
18) Air zamzam atau yg sewaktu dengannya untuk memudahkan bersalin.

SELAMAT BERSALIN!!

Selawat, istighfar & minta maaf daripada semua orang terutama sekali suami.
Masa meneran tu, mengucap banyak kali.

Allah mengampunkan dosa ibu yg melahirkan anak sehingga suci seperti bayi yang baru dilahirkan.

.

Persediaan Menyambut Anak Pertama

Ini mengikut pengalaman saya sendiri yang dah melahirkan anak pertama. Memandangkan ini pengalaman sendiri, persediaan ni tertakluk kepada seorang anak. Lelaki. Melahirkan secara pembedahan di hospital swasta.

1) Katil / tilam bayi beserta set bantal.
2) Almari pakaian & peralatan bayi
3) Susu & botol susu. Andaikata susu badan kita belum keluar. Saya syorkan botol susu Tommee Tippee kalau korang nak breast feed & bottle feed bersilih ganti sebab puting botol Tommee Tippee menyerupai puting ibu. Bayi mudah adjust mulut.
4) Breast pad. Susu ibu akan keluar dengan banyak pada awal kelahiran
5) Breast milk pump. Memandangkan susu ibu banyak pada awal kelahiran, kita kena pam keluar susu tu supaya breast kita tak sakit. Kalau sakit, tuam dengan air panas.
6) Flask air panas ataupun boiler.
7) Pakaian. Seluar, baju, stoking, topi.
8) Lampin bersaiz new born. Mamy Poko ada lampin khas untuk bayi yg belum jatuh tali pusat.
9) Towel. Sediakan dalam 6 helai
10) Selimut yang ada topi. Sediakan dalam 2 helai.
11) Bath tub untuk baby mandi

12) Peralatan bayi:
* Cotton bud. Pilih yang bucu dia kecil.
* Pemotong kuku
* Sikat rambut
* Syampu, sabun mandi, losyen badan, losyen lampin. Saya syorkan brand SebaMed.
* Minyak kayu putih (sapu di perut, ubun2 & tapak kaki). Saya syorkan Kangaroo Brand.
* Minyak Po Sum On (sapu di ari2)
* Baby balsam. Vicks ataupun Gummy Bear.
* Baby cologne. (optional. tak payah pun takpe)
* Wet tissue & dry tissue
* Kapas
* Nasal aspirator (untuk sedut hingus sebab baby tak pandai bernafas guna mulut kalau idung dia tersumbat)
* Barut. (untuk 2/3 bulan pertama bagi mengelakkan masuk angin)
* Syringe. (Untuk memudahkan bayi minum air sekiranya dia menyusu botol.)

Untuk menyambut bayi yang baru lahir:
* Kurma
* Air zamzam.
Biar makanan di atas jadi makanan pertama dorang. Tahkik.

Stroller boleh dibeli kalau bayi anda berat & anda perlu untuk berjalan jauh.