Readers, please email for inquiries. I rarely respond through comments. Thank you: nadhirah_sainuri@yahoo.co.uk

Monday, April 15, 2013

Mommy, Allah tu apa?

Sebelum tidur, seperti kebiasaan, Arif akan membaca doa tidur yang dihafalnya. Tapi malam tadi dia tak tidur terus. Dia tanya satu soalan yang buat saya tersentap sekejap.

"Bismikallahumma ahya wa amuuut. Dengan nama Allah, sahaja aku hidup dan aku mati. Ameennn... Mommy, Allah tu apa?"

First time kena tanya soalan macamtu dari dia. Nak jawab macamana kat budak 2 tahun ni? Nak cakap pencipta alam semesta, dia tak faham. Maka saya pun jawab:

"Allah tu Tuhan yang cipta kita semua. Dia cipta hidung Arif, mulut Arif, rambut, tangan, kaki. SEMUA"

Arif tanya lagi: Tangan mommy pun? Kaki nenek pun?
Saya jawab: Iya
Arif: Waaaa hebatnya Allah. Arif nak jumpa Dia.

Bila dia sebut hebatnya Allah, hati saya berbunga-bunga sebab explanation saya untuk membesarkan/ mengagungkan Allah tu berjaya. Sebelum budak ni tanya soalan-soalan yang lebih mencabar, baik sediakan diri dengan ilmu-jawapan-untuk-toddlers.

Times, here i come!!!

No comments: