Readers, please email for inquiries. I rarely respond through comments. Thank you: nadhirah_sainuri@yahoo.co.uk

Monday, June 10, 2013

Arif's 3rd Birthday

Tomorrow my 1st child will turn 3!

Masih lagi teringat detik-detik mengandungkan & melahirkan budak pintar & lincah ni. Boleh baca kat SINI. 11 Jun 2013, genaplah 3 tahun usianya. Masa baby dulu, suruh dia cepat-cepat besar sebab penat nak jaga. Sekarang, dah petah bercakap, pandai jalan, pandai memilih, pandai merajuk, pandai memujuk, terasa nak ulang balik zaman dia baby dulu-dulu. Zaman comel & innocent.

Di awal 3 bulan kelahirannya, dia SANGAT KUAT MENANGIS. Orang gelar 'penyakit' ni sawan tangis. Bersilih ganti ahli keluarga jaga sebab tak mampu nak jaga lama-lama. Stres, sedih, penat, semua bercampur baur. Macam-macam dicuba. Akhirnya, 'tangisan dugaan' itu berakhir juga. Di usia 6 bulan, nanah di telinga pula menghantui. Selepas dibuang di Damai Specialist Hospital, nanah muncul balik tapi dapat dikecutkan menggunakan antibiotik.

Dalam proses pembesarannya, dia selalu diserang selsema & demam panas. Genap 2 tahun sebulan, selsema & demamnya membawa kepada sesak nafas sebab kahak dah banyak terkumpul. Sekali lagi dia dirujuk di Damai Specialist dan doktor menyarankan ventolin. Boleh baca SINI.


Pengalaman yang paling tak boleh dilupakan bila dia disahkan dijangkiti Kawasaki Disease pada 29 Ogos 2011. His pediatrician mengesahkannya selepas 7 hari demam tak surut dengan kepanasan mencecah 40'c. On the way ke Hospital Likas, air mata mencurah-curah sebab tak tahu tahap keseriusan penyakit tu. Disebabkan Damai specialist tidak mempunyai bekalan ubat bagi melawan penyakit tu, dan kalau ada pun, harganya mencecah RM8,000.00 untuk sebatang syringe (Arif memerlukan 5 syringe) kami disarankan ke Hospital Likas. Di sana kami kena tunggu beberapa jam sebab bekalan ubat di Hospital Likas juga tidak ada  (Kawasaki Disesase sangat RARE). Menurut doktor, bekalan akhirnya dijumpai di Hospital Rafflesia.

Post mengenai Kawasaki Disease belum lagi siap. Taktau kenapa tapi bila terkenang balik tragedi tu, rasa lemah semangat. Berdoa sangat supaya takkan berulang lagi... So, begitulah kisah kesihatan si cilik bernama Datu Nazrin Arif sepanjang usia 3 tahun. Di sebalik semua kepayahan yang dia lalui, he gain a lot. He's a fast learner.

We'll be celebrating his 3rd birthday on the 15 of June (Saturday) with Bola Kampung theme. He's really in to it for this time being. Masa umur setahun, takda tema sebab dia belum ada interest lagi. 2 tahun pulak, Upin Ipin. We're hoping u could join us for his 3rd birthday celebration!!
1st (Ketiau)

1st (Kingfisher)

2nd


2nd (chocolate lollipop)



No comments: