Readers, please email for inquiries. I rarely respond through comments. Thank you: nadhirah_sainuri@yahoo.co.uk

Tuesday, August 13, 2013

Ramadhan 1434H (2013M)

Mengharungi Ramadhan tahun in sangatlah challenging. Dengan kandungan yang semakin membesar, sakit yang pelbagai, baby yang sangat aktif menendang & hiccups, anak 3 tahun yang demand macam2 suruh mommy masak & lambakan kerja pejabat betul2 perah tenaga & kudrat. Hasilnya, berat badan turun 2kg tapi Alhamdulillah dan happy sangat bila dapat puasa penuh (kecuali sehari tinggal sebab buat glucose test). Bukan selalu perempuan dapat puasa sebanyak itu. Hehe.



Di antara test yang dibuat. Banyak lagi test lain. Huhu..

Macam biasa, sebelum raya, persediaan untuk si anaklah yang paling gempak sekali. Barang dia yang perlu dilengkapkan terlebih dulu. Mommy baba takde yang baru pun takpe. Dah berpuluh tahun celebrate raya. Part yang paling susah nak cari, kasut! Asal suka je takde size. Asal takde size je mesti suka. Apadaaa...



Beberapa minit sebelum buka puasa terakhir, potong rambut dulu.

Tak dilupa beberapa amalan yang perlu dibuat di bulan Ramadhan:
1) Tarawih
2) Mengaji
3) Bersedekah
4) Zakat


Tolong Atok masukkan kurma dalam bekas untuk diagihkan sebagai sadoqah
Bersedia untuk Tarawih

Waktu untuk membayar zakat fitrah:
Waktu harus - awal Ramadhan sehingga hari akhir Ramadhan
Waktu wajib - terbenam matahari pada hari akhir Ramadhan
Waktu afdal - selepas solat subuh hari raya sehingga sebelum didirikan solat hari raya .

Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah dari Ibnu Abbas r.a yang bermaksud : " Rasulullah S.A.W mewajibkan zakat fitrah kerana membersihkan dosa orang-orang yang berpuasa dan memberi makan kepada orang-orang yang miskin . Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat hari raya maka zakatnya diterima dan sesiapa yang menunaikannya selepas solat maka zakatnya itu merupakan sedeqah" .
Waktu makruh - selepas solat hari raya tetapi sebelum terbenam matahari pada hari raya pertama .
Waktu haram - selepas terbenam matahari pada hari raya tanpa sebarang halangan dan keuzuran .

Niat mengeluarkan zakat fitrah:
Bagi diri sendiri dan tanggungan - "Inilah wang harga beras fitrah bagi menunaikan zakat fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala" .


Alhamdulillah Ramadhan 1434H berjaya dilalui. Semoga bertemu lagi pada Ramadhan tahun depan Insya Allah. Masa tu Arif dah sekolah. Mungkin dah boleh belajar puasa setengah hari.

No comments: