Readers, please email for inquiries. I rarely respond through comments. Thank you: nadhirah_sainuri@yahoo.co.uk

Thursday, September 12, 2013

Kelahiran Datu Aleef Ayden

Alhamdulillah, 5 September 2013 telah lahir seorang lagi putera dalam keluarga kecil kami melalui proses c-sect di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Likas. Pemilihan nama mengambil masa 7 hari serentak dengan tertanggalnya tali pusat si kecil; Datu Aleef Ayden. Nak panggil Aleef boleh. Nak panggil Ayden pun boleh.

Aleef = Sahabat/ kawan rapat
Ayden = Syurga Adnin/ keberuntungan yang abadi

Detik kelahiran

So, persoalan yang banyak ditanya: Kenapa bedah lagi? Kenapa hospital kerajaan? Hmmm kenapa? Dalam entri yang lepas, saya ada bagitau tentang Carpal Tunnel Syndrome kan. Doktor yang diagnose saya masa tu nama dia Dr. Suthagar. Selepas rawatan (14 Julai 2013), dia ada mention: "U nak bersalin kat mana nanti? Kenapa dulu tak bersalin kat hospital kerajaan? Adik U kan doktor kat sini. Gunakan kemudahan yang ada." Dari situ dah mula terfikir why not?

21 Ogos 2013, masa baru nak mendaftar kat Klinik Ibu dan Anak, Likas, tiba-tiba dapat berita air ketuban sikit. Doktor yang scan kata AFI:6 je. AFI kritikal kalau bacaan 5. Directly klinik call ambulans nak suruh hantar ke Hospital. Tapi memandangkan ambulans semua sibuk beroperasi, kami naik kereta sendiri diiringi nurse yang bertugas. Sampai kat Bilik Penilaian, doktor buat swab test & mengesahkan ada kebocoran air ketuban sedikit & GBS positive. Bila scan balik, AFI:10. Taklah teruk sangat macam kat klinik tadi. Tapi sebagai langkah berjaga-jaga, terus kena admit kat Kenanga 1 tanpa sebarang persediaan. Masa tu, perasaan meronta-ronta nak balik. Yelah, tiba-tiba je kena tidur kat hospital. Baju, makanan, hiburan semua takde. Rindu kat Arif lagi. Haish...

CTG

Ziarah mommy

Masa ni dah tak berapa 'down'

Tunggu giliran scan AFI

Aktiviti setiap pagi


24 Ogos 2013, dah boleh discharge tapi kena datang untuk AFI scan selang 3 hari. Sebelum discharge, dapat dua dos suntikan Dexamethasone selang 12 jam untuk matangkan paru-paru baby. Punyalah sakit. Berdenyut-denyut tempat yang disuntik tu. Huhu... Doktor ada bagi pilihan nak bersalin normal atau bedah. Dia kata, mengambil kira pengalaman lepas (bersalin Arif), failed IOL (induction of labor), kebarangkalian untuk laluan keluar anak kedua ni buka agak kecil. Kalau gagal, end up c-sect juga. Doktor juga kata, tempoh masa untuk ibu yang ada previous scar untuk contract hanya 4-6 jam je. Kalau tak buka dalam tempoh tu, kena c-sect terus. So, daripada saya kena melalui proses yang penuh dengan kebarangkalian & duduk dalam wad lama-lama, saya pilih c-sect pada 5 September.

4 September 2013, admitted. Masa ni baby baru 37 minggu 3 hari. IV line dipasang di tangan kanan. Doktor bius & doktor yang bakal membedah datang consult patient bagitau proses & risiko yang ada. Pukul 12 tengah malam, disuruh puasa untuk persediaan c-sect esok harinya. Air gula & garam mula kena drip. 5 September, si adik (Dr. Abu Ubaidah) datang tengok kakaknya & dapati IV line dah membengkak. So, buat keputusan buat IV line baru. Aduh... Around 11am, giliran untuk dibedah pun tiba. Nurse suruh tukar baju putih & minum ubat apa ntah masam gila untuk elak gastrik katanya. Masa kena sorong ke Dewan Bedah, si adik pun iring sama. Cuak gila perasaan masa tu. Walaupun kali kedua, tapi environment di Hospital Likas lebih menyeramkan hehe. Bius pun disuntik di tulang belakang oleh kawan sekelas saya masa di St. Francis (mind u!!) & pembedahan dilakukan oleh Dr. Suthagar sendiri.

Bersedia untuk c-sect esok

Baju sudah tukar


Pembedahan berjalan lancar. Cuma baby terus kena admit ke wad kanak-kanak untuk drip antibiotik sebab takut kena infection. Kesian Ayden. Baru beberapa jam lahir dah kena buat IV line. So, di saat ibu-ibu lain tidur bersama anak di sisi, saya tidur dengan tenang tanpa perlu menukar lampin & feeding dalam keadaan sakit. Actually tak tenang pun sebab anak katil sebelah asyik menangis tak berenti. Si ibu baru 17 tahun. Anak pertama melalui kaedah c-sect. Baby dia tak dapat menyusu & menangis kelaparan. Bila minta tolong nurse, nurse suruh usaha paksa baby hisap susu badan & refuse dibawa ke nursery untuk feeding. Nasib baiklah si ibu dah boleh berjalan. Saya suruh dia angkat baby dia ke katil saya untuk disusukan. Alhamdulillah baby menyusu kenyang sampai tertidur. Nurse yang kebetulan masuk bilik kami ternampak & mengalah. Baby tadi akhirnya dibawa ke nursery untuk feeding selepas beberapa jam.

Fresh


Dr. Suthagar & Dr. Hannan

Rasa tenang dapat peluk anak di dada masa perut sedang dijahit hidup-hidup

Doktor bius merangkap kawan sekolah
6 September 2013, Ayden discharged dari wad kanak-kanak sebab takde infection. Alhamdulillah... Saya juga discharged pada hari yang sama setelah mendapat kebenaran dari Dr. Suthagar. So, overall, bagi saya servis di hospital kerajaan lebih baik dari swasta sebab mereka buat ujian menyeluruh, mengambil kira pelbagai kemungkinan yang ada. Cuma servis di Kenanga 2 (wad selepas bersalin) tidak sebaik di Kenanga 1 (wad sebelum bersalin). Doktornya kelam kabut. Nurse pula sikit & pesakit kurang mendapat perhatian. Ini melalui pemerhatian saya lah. Tak tau dengan pengalaman ibu-ibu yang lain.


Zam zam dan kurma
Azan


Day 2

Ayden dah discharged

Ada yang kata, kat Hospital swasta kita rujuk pada seorang doktor yang sama tapi di hospital kerajaan doktornya bertukar-tukar. Tiada bond. Tiada keserasian. Well, lucky me. This doctor dah jadi macam family doctor. Sampai tengah berpantang kat rumah pun, dia masih SMS tanya my condition. Korang ado? Hehe.


Day 4


Sempat celebrate birthday dengan Acu

Day 3

Day 2. Masih dalam wad
Day 5
Si abang yang hensem
My doctor. Hehe

3 comments:

Umi said...

tak tahan btl gambar paling last tu... hehehe

semoga ayden jd anak yg soleh..

Nadhirah said...

Azy pulak ni.
Hehe gambar snapshot dari Line ;p

Ida said...

Nice sharing.. details habis..suka baca.. tak pernah bersalin hospital kjaan lagi..