Readers, please email for inquiries. I rarely respond through comments. Thank you: nadhirah_sainuri@yahoo.co.uk

Thursday, October 3, 2013

Erythema Toxicum Neonatarum (ETN)

Sekitar usia 15 hari, ada biji-biji merah muncul di pipi Ayden. Mulanya ingatkan ruam susu tapi lama kelamaan merebak ke bawah dagu, leher, sikit di dada & pada usia 27 hari, penuh di kepala. Takkanlah ruam susu sampai penuh satu kepala kan. Ciri-ciri biji-biji tu:
* Merah & kecil
* Sesetengah biji tu ada mata putih macam jerawat yang dah 'masak'
* Muncul di ruang yang terbuka. Kepala, muka, leher, atas mata dan dada.
* Ada yang sekejap je dah hilang, ada yg lama.
* Ayden tak demam & tak meragam

Penuh seluruh kepala


Jadi, saya consult adik beradik doktor. My sis bagitau, mungkin Erythema Toxicum Neonatarum. Bila Google, dapatlah maklumat tentang penyakit ni. Walaupun tak sure lagi betul ke tidak sebab belum jumpa doktor, tapi takpelah, kita kongsi je maklumat yang ada. Manatau anak korang pun alami benda yang sama.

Apa itu Erythema Toxicum Neonatarum (ETN)?
Erythema toxicum neonatorum dikenali sebagai jerawat bayi. Ia merupakan ruam biasa pada bayi yang baru lahir dan tidak merbahaya.

Apakah maksud Erythema Toxicum Neonatarum?
Erythema merupakan istilah perubatan yang bermaksud kemerah-merahan. Neonatarum merujuk kepada tempoh masa ruam itu terjadi iaitu dalam tempoh neonatal di antara usia ketika baru dilahirkan sehingga usia 28 hari. 

Apa punca Erythema Toxicum Neonatarum terjadi?
Punca sebenar tidak diketahui. Walaupun terdapat bisul (bintik berisi nanah), namun ia tidak berpunca daripada jangkitan. Terdapat pelbagai idea yang dikemukakan termasuklah keradangan biasa atau tindak balas sistem imun bayi. Belum dapat dibuktikan samada alahan merupakan punca terjadinya Erythema Toxicum Neonatarum. Faktor penyususan samada susu ibu atau formula juga bukan merupakan puncanya.

Kekerapan terjadinya Erythema Toxicum Neonatarum
ETN sangat biasa terjadi iaitu di antara 3 sehingga 7 daripada 10 orang bayi. Selalunya bayi yang lahir dalam tempoh matang (antara 37 minggu sehingga 40 minggu) akan mengalami ETN berbanding bayi pramatang. Secara purata, ETN terjadi pada bayi sihat yang dilahirkan dalam tempoh matang ketika usia 3 ke 14 hari. Ia lebih banyak terjadi pada bayi lelaki.

Bagaimana rupa Erythema Toxicum Neonatarum?
Biasanya ETN kelihatan seperti jerawat atau bisul yang muncul pada muka & badan. Ia boleh juga terjadi pada tangan dan kaki namun jarang pada tapak tangan. Biasanya kelihatan seperti bintik-bintik merah. Kadangkala terdapat bisul (bintik berisi nanah) atau lecuran/gelembung berisi air. Bintik tersebut akan menjadi putih bila ditekan dengan lembut. Sesetengah bintik muncul sementara dan ada juga yang hilang dalam tempoh beberapa jam. Bayi biasanya tidak terganggu & nampak normal.

Berapa lama Erythema Toxicum Neonatarum terjadi?
Biasanya ruam akan hilang dalam beberapa hari. Dalam kebanyakan kes, ia akan sembuh dalam tempoh 2 minggu. Ada juga yang berlanjutan sehingga usia 6 minggu namun kes sedemikian agak terpencil.

Apa yang patut dilakukan?
Jangan risau. Bayi anda tidak akan mengalami ketidakselesaan. Kulit bayi mungkin kelihatan merah dan keradangan namun berusalah untuk mengabaikannya. Elakkan dari mencuci bayi anda secara berlebihan kerana kulit bayi amat sensitif dan mudah kering dengan penggunaan detergen. Elakkan dari memicit biji-biji tersebut kerana ia akan menyebabkan jangkitan kulit. Krim atau losyen tidak diperlukan untuk menghilangkan ruam tersebut. Pastikan anda menggunakan produk yang tidak mempunyai pewangi & direka khas untuk bayi.


Adakah terdapat kesan sampingan?
Tidak. Ruam akan hilang dengan sendirinya. Sesetengah bayi mempunyai masalah kulit seperti kulit kering dan eczema namun itu bukanlah berpunca daripada ETN.

So, dah terang lagi bersuluh? Kalau belum, sila Google sendiri. Susah betul nak translate Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Banyak terms yang susah diterangkan. Ngeh2. Papehal, consult doktor ye. Manalatau bukan ETN.

1 comment:

korakoraART.design said...

Sama la mcm anak I..byk btl tumbuh kt muka n kepala. Rambut pn xnk tumbuh. Tp lama jg nk hilang. .skg dh nk 6m pn ada lg sket2 kt pipi. .huu